Tuesday 8 December 2015

University Life #Part2

Assalammualaikum...........................

Bersambung pada entri University Life #Part1

Hari itu Atul cerita pasal, BOYS&GIRLS LOVE dan SENIOR.

Sekarang, Atul nak cerita pasal apa ye. Hummmmm.

ROOMMATE pula. OK tak ?

Bermulalah kisah, seorang budak comel bernama Atul. huhuhu. Menempuhi alam universitinya.
Dia terpaksa berasing dengan keluarganya. Sadissss. Duduk kolej for the first time, maklumlah, sebelum ini pun Atul bukanlah budak asrama. Result tak seberapa mana pun. Bilik yang boleh la dikatakan 'BESAR SIKIT'. Diisi dengan kelengkapan katil double decker 1 dan katil single 1, 3 almari dan 3 meja study, 4 soket plug, tetapi tiada kemudahan Wi-Fi.

Maka, bertembunglah Atul dengan roommatenya, iaitu X dan Y. X berasal dari Selangor, dan begitu juga dengan Y. Kami satu kursus tetapi berlainan. Seminggu juga lah, kami amik masa untuk berkenalan dan mengenali. Bilalah dah kenal, DAHSYAT! Hahahaha.

Walaupun, sudah masuk semester baru dan berpindah ke kampus baru. Kami tetap se'roommate'. Sedangkan yang lain semua berpusu-pusu nak kawan sekelas dalam satu bilik. Mungkin, semester yang akan datang kami tak lagi BERSATU. HUHUHU. Sebab mengikut MERIT. Kalau AKTIF, probability untuk duduk dalam kolej TINGGI, kalau XAKTIF, 'SORRY BRO/SIS, GUA TAK JAMIN LO NETEP DI KOLEJ'. Indon sekejap. Bagi sesiapa yang tak tahu apa sis Atul ni merepek, Atul convertkan dalam bahasa MELAYU. 'MAAF ABANG/KAK, SAYA TAK YAKIN ANDA MENETAP DI KOLEJ'. Maksud yang lebih jelas , mungkin anda terpaksa kena sewa rumah yang akan memakan banyak wang ringgit, Menangis tak berlagu....

Kalau kau orang pandai bawa diri dan sesuaikan diri dengan roommate anda, Atul yakin kau orang tak akan dapat apa-apa masalah dan menimbulkan apa-apa problem.

Ok la. Sis, kongsikan cerita kawan sis, yang sem lepas dapat ROOMMATE yang sumpahlah tersangat ANNOYING dan TAK HORMAT ORANG LAIN.

Kita duduk satu bilik dengan orang, lain orang, lain caranya. Jadi tips Atul, kenalilah ROOMMATE anda, dan PAKSALAH ROOMMATE anda kenali siapakah ANDA.

Tips ke-2, berlemah lembut dan bertoleransi dengan ROOMMATE anda, Bincang elok-elok kalau ada masalah, DON'T JUMP IN CONCLUSION SO SOON OR YOU WILL REGRET IT. 

OK. Sebelum, Atul berkongsi tips yang lain, lebih baiklah Atul menceritakan apa yang berlaku pada member Atul ni, Kita berikan nama, Titi.

Kita cuba selamkan diri kita, jika kita ditempat Titi dahulu. APAKAH perasaan anda jikalau jam sudah menunjukkan 12.00 a.m. tapi si Yaya bersama rakannya masih lagi menghadap laptop, bukan buat ASSIGNMENT atau KERJA YANG LECTURER BAGI, tetapi, memasang LAGUUUUU pada volume 100% ? APAKAH yang anda akan lakukan ? Jikalau rakan si Yaya SELAMBA ROCK mengambil bantal anda membuat persinggahan di kepalanya. APAKAH tindakan ANDA ? Jikalau anda tak dapat tidur, disebakan gangguan itu, sedangkan anda ada kelas pada jam 8 a.m. pada keesokan harinya.

ATUL, JUJUR, ATUL AKAN MENGAMUK.

Jadi, benarlah apa yang Atul katakan, PLEASE DEAR, RESPECT !!! RESPECT !!! RESPECT !!!.
Kalau KITA, nak ORANG hormat kepada KITA, KITA kena hormat pada ORANG dulu.

Atul, tak nak adik-adik Atul ditimpa masalah dan mencari masalah. Kalau dalam bilik tu, sama-sama baik, tak ke senang minta tolong, Kalau dah bermasam muka, dapat roommate perangai macam Yaya tu, tak ke kau orang dalam situasi yang sama dengan Titi. Lagi, menambahkan bengang tahap kebengangan dari level 40% kepada 100% bila Titi dah berkompromasi, tapi si Yaya ni buat dek je.

Adik-adik, si Yaya ni buat dek je. Tahap MELAMPAU. Betapa tabahnya si Titi menghadap si Yaya ni, kalau Atul la dah ku debik-debik. Atul... CAKAP JE BOLEH, TAPI HABUK JE. HEHEHE.

BYE.... ASSALAMMUALAIKUM.
In Sya ALLAH, Atul updatekan entri yang baru.
Ingat lah pesan dan tips yang Atul kongsikan ni.

Apa yang baik datang dari Allah, dan buruk itu datang dari kesalahan Atul sendiri.

No comments:

Post a Comment