Wednesday 4 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB2

Sebak di dada tidak dapat ditahan lagi. Bahu Laila, dijadikan tempat menangisnya. "Atul, sabar ya. Pengorbanan kau, hanya kau sahaja yang dapat rasa, sebab semuanya kau yang tanggung. Dia tak akan faham pengorbanan kau adalah satu penmgorbanan yang besar. Tapi, tak sangkalah aku, tangan dia boleh sampai kat pipi kau." Laila memujuk memberi semangat agar kawannya itu bangkit dan tidak lagi pandang ke belakang. "Sah. Kekasih hati kau yang bagitahu kan ? Ish, Remy Irfan ni nak saja aku luku kepala dia. Malu aku, malu kerana telah melukai hati adik dia. Bodohnya aku!" Atul serba salah. Antara putera idaman kalbu atau adik tersayang. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. "Sabarlah, beb. Remy tahulah apa yang berlaku. tapi, kau jangan risau, dia tak akan bagitahu Reykal. Tapi, kalau pecah juga rahsia ni, pandai-pandai lah kita kerjakan si Remy tu." kata-kata Laila sedikit sebanyak meredakan kesedihan Atul. "Thanks, Lai. Kau tak marahkan kalau aku nak stay kat rumah kau beberapa hari ni ?" "Tak apa lah. Buat je rumah ni, macam rumah kau sendiri. Kau tengok ni, dah lencun basah dah sofa mahal aku ni. Kau pergi keringkan badan kau dulu. Lepas selesai solat, kita turun dapur sama-sama ya ?" 

Atul pergi membersihkan dirinya dan menunaikan kewajipannya. Dia menadah tangan, berdoa kepada Allah agar melembutkan hati Reykal untuk memaafkannya. Nama Reykal meniti di bibirnya membuat air matanya mengalir perlahan dan mengingatkannya memori pahit itu. Dia menuju ke dapur, membuka peti sejuk melihat lauk mentah yang boleh dijadikan hidangan malam mereka. Sedang dia asyik menyediakan sajian pada malam itu, Laila menyergahnya dari belakang. "Ish, kau ni. Nasib baik roh aku tak terkeluar. Kalau tak, tak ke jalan aku." Laila ketawa sahaja melihat reaksi sahabatnya. Dia gembira menjadi sahabat yang ada tika suka dan duka. Malam itu, sajian yang disediakan memikat selera mereka. Episod yang sedih tidak mematikan selera Atul. Mereka menghabiskan malam mereka dengan menonton filem-filem korea yang dilakonkan oleh pelakon yang sangat kacak dan bergaya, Lee-Min Ho.

Pada waktu pagi keesokannya, mereka mengalas perut mereka hanya dengan minuman kegemaran mereka, Hot Choc Cadbury. Atul bersama Laila menaiki kereta untuk pergi ke suatu tempat yang sering mereka menghabiskan masa bersama ketika adanya waktu lapang. Kereta mereka akhirnya berhenti di depan sebuah rumah anak yatim iaitu, Teratak Bonda Az-Zahra yang terletak di luar bandar. Pemandangan disitu sangat menenangkan dengan dihiasi indah ciptaan Allah. "Yeay!! Kak Atul dan Kak Laila datang." kanak-kanak disitu riang dan gembira dengan kehadiran gadis berdua itu. "Akak, Abang Rey mana? " tanya Mia anak kecil yang berusia 6 tahun dan rapat dengan bekas tunangnya.

No comments:

Post a Comment