Wednesday 4 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB3

Atul sering datang bersama dengan Reykal. Pada mulanya, Reykal tidak berminat lansung untuk menjejakkan kaki ke Teratak ini tapi apabila Atul sering mengajak dan menceritakan pengalamannya disana, hati jejaka itu terbuka untuk mengekorinya ke Teratak ini dan hasilnya tidak sia-sia. Tapi kini, "Abang Rey, tak dapat datang. Sibuk mungkin. Kak Atul datang tak best ke? " Atul berpura-pura berjauh hati. Tiba-tiba suara anak adam cilik yang sebaya dengan Mia bersuara "Adam suka Akak ada kat sini. Kalau Mia tak suka, pergilah jauh-jauh. Adam nak  bersembang dengan Kak Atul." Anak-anak kecil lain sudah merengek ingin berbual juga dengan Kak Atul. Atul rasa bahagia sekali apabila anak-anak kecil di situ menunjukkan keletah yang ceria dan comel. Alangkah indahnya menjadi seorang anak kecil, yang naif, suci dan tak mudah dilukai. 

Azan Zohor sudah berkumandang. Anak-anak kecil berebut mengambil wudhu. Atul dan Laila sibuk menguruskan anak-anak perempuan bersiap memakai telekung. Saf solat dirapatkan. 'Bukankah suara imam ini, dia? " Hati Atul tidak senang. Dia beristighfar dan berdoa kepada Allah agar solatnya khusyuk kerana Allah. Selesai menunaikan solat, telinga mereka dijamah oleh sedikit tazkirah pendek dari Imam. Ketika keluar dari surau itu, Atul terlanggar seseorang dan menyebabkan telekungnya jatuh. Belum sempat dia mengangkatnya, jejaka itu telah pun hulurkan padanya. Mata mereka bertembung, Atul yang sedar pantas menundukkan kepalanya dan minta permisi.

'Atul, kenapa awak buat saya begini ? Sanggup awak mengkhianati, hubungan suci kita. Maafkan saya! Maafkan saya! Saya tahu saya salah, melampau menampar pipi awak.' kecewa, pilu, retak seribu hati Reykal. Apakah salah yang telah dia lakukan sampai Atul sanggup membuat keputusan drastik itu? "Lai, kenapa Atul buat aku macam ni? Siapa lelaki itu?" Reykal menahan Laila. "Maaf, persoalan kau hanya boleh dijawab oleh Atul. Percayalah, dia lakukan semua ini ada sebabnya sendiri."  Laila beransur pergi. "Abang Rey, kenapa ni? Jom teman Mia pergi taman. Kak Atul pun ada kat sana.

Reykal dan Atul duduk di satu kerusi panjang yang sama. Ditengah-tengah mereka Mia dan Adam sebagai penghalang dari munculnya watak ketiga. "Assalammualaikum" Atul serba salah , sama ada ingin menjawab salam itu atau tidak. Tapi sebagai umat Islam, dia menjawab. "Waalaikummussalam" "Ingatkan awak dah tak nak lagi berbual dengan saya. Atul, jujur pada saya. Siapa lelaki itu ? Lelaki yang berjaya mencuri hati awak. Selama bertahunnya hubungan kita, awak sangat setia. Manakan tidak, semasa awak di Sabah melanjutkan pelajaran selama 2 tahun awak juga setia. Bukan tiada yang ingin memikat awak, tetapi memang awak menolak mentah-mentak kerana awak mencintai saya sepenuh hati. Tetapi, 5 bulan di KL hati awak berubah dan mula goyah. Izinkan saya, berjumpa dengan dia." Laila yang lihat dari jauh sudah tidak duduk senang, nak ke tolong ke tidak.

No comments:

Post a Comment