Friday 6 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB4

"Insyallah, jika ada rezeki. Reykal percaya tak kata Allah bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Tidak kiralah ia sesuatu yang meringankan kita atau memberatkan beban yang tanggung. Maka, percayalah." Atul menundukkan kepalanya dan berbisik kepada Mia. "Mia, akak nak kamu berikan gelang ni kepada Abang Rey. Tolong ye. Akak pergi dulu." Reykal sangat sedih apabila melihat Atul bangun dan pergi. "Abang Rey, Kak Atul suruh bagi gelang ni kat abang. Q.A.R.I tu apa, abang ?" Reykal menggenggam gelang yang berloket huruf Q.A.R.I. Gelang itu adalah tanda pertunangan mereka. Q.A.R.I stand for Qaseh Atul and Reykal Iman. Akhirnya, dia buat keputusan untuk menelefon umminya bagi mengkhabarkan hubungannya bersama Atul sudah berakhir. Benarlah kata Ummi nya, bahawa Atul mudah beralih hati. "Ummi nak kamu teruskan juga pernikahan hujung tahun ni. Tapi, pengantin perempuan akan digantikan. Muktamad! Ummi dah banyak kali pesan, jangan pilih Atul, pilih adiknya. Tapi, kamu tak mahu. Kononnya, cinta mati la."  Ummi sudah keluar arahan vetonya. "One more thing, my son. Lesya akan gantikan tempat Atul. Atul tu layak menjadi menantu Ummi. Cukup serba-serbi dan layak menjadi wife Rey." sambung Ummi lagi. Reykal menamatkan panggilan dengan salam. 'Kenapa!!!' Tertekan dibuatnya Reykal.

Selepas jamuan kecil minum petang di Teratak Bonda Az-Zahra, Laila dan Atul mengundur diri untuk pulang. Manakal, Reykal sudah beransur pulang sebelum jamuan kecil. Sedang mereka berdua berbual bercerita di dalam kereta. Telefon bimbit atul menyanyikan lagu Istikharah Cinta. Dia memberi salam kepada pemanggil. "Atul, apa dah berlaku ? Kenapa, nak ? Kenapa Ummi Zati suruh Lesya gantikan kamu ? Dah bagus sangat ke pengganti kamu tu, untuk gantikan tempat Reykal dihati kamu. Apa kamu ingat tunang ni benda boleh dibuat main-main ? Cubalah kamu jadi macam Lesya, yang senangkan ibu bukan susahkan ibu. Dahlah atul, ibu penat tau dengan karenah kamu. Pandai-pandailah kamu uruskan hidup kamu sendiri." marah Ibu Leha. "Ibu, maafkan Atul." kata-kata itu tak dapat didengari oleh ibunya kerana ibunya sudah meletakkan panggilan sebelum dia sempat mengatakan apa-apa. Dia faham, ibunya tidaklah rapat sangat dengannya, sejak dari kelahiran Lesya semasa dia berumur 3 tahun lagi. Tetapi, hubungannya dengan Abah sangat rapat, abah seperti sahabatnya yang sentiasa mengeti tentang perasaannya. Ibu Leha juga sering memenangkan Lesya berbanding dia. Akibat dari itu, menambahkan lagi jauh hatinya terhadap Ibu Leha. Dia pulang ke rumah sewanya untuk mengemaskan semua barang-barangnya. Laila hanya mampu melihat sahabatnya bersedih, jatuh air matanya memahami keperitan hidup temannya itu.


No comments:

Post a Comment