Sunday 18 May 2014

DIA teman ketika susah dan senang ...



Tak semua yang kita ingin akan kita miliki,
Setiap insan harus membuat pengorbanan yang menyebabkan hati terluka,
tapi tak semua keputusan yang kita lakukan adalah betul.
Dengan adanya DIA semua jadi benar.. 
Orang tua kata jodoh dan ajal semua di tentukan oleh Allah..
Tapi kita lupa usaha dan kegigihan kita boleh mengubah segala-galanya.
Allah sentiasa merindui hambaNya..
DIA sentiasa ingin hambaNya memuji dan menyeru namaNya..
Dengan doa dan rayuan kita pada Allah, Allah tahu kita merinduiNya.
Istikharah adalah satu permohonan bagi memohon petunjuk...
Kali pertama kita kenal cinta dari seorang jejaka..
Kita rasa hidup kita lengkap dan indah..
Tapi TAK !
Kerana itulah membawa kita ke langkah yang salah..
Cinta pertama haruslah Allah ..
Allah yang Maha Esa dan Agung..
Ingat kehilangan seseorang tak bermaksud kita tiada sesiapa untuk meluahkan segalanya..
Kerana Dia sentiasa ada untuk mendengar dan membantu..

No comments:

Post a Comment