Thursday 10 December 2015

Kepercayaan, Permainan dan Luka

Assalammualaikum,

Ria pada itu umurnya 14 tahun, dia mengenali seorang jejaka bernama Hariz yang tua setahun daripadanya. Tapi, perkenalan mereka ercetus melalui laman muka buku. *ini bukan cinta laman muka buku* Pada mulanya, status mereka hanyalah seperti seorang adik dan abang. Tak lebih dari itu, tetapi, Ria seorang perempuan yang mudah jatuh cinta, dan pada ketika itu, dia mempunyai seorang kekasih bernama Aiman. Aiman seorang yang kaki cemburu, yang mudah melenting. Hubungan mnereka terputus akibat daripada sifat cemburu rakan Aiman yang dalam diam menaruh hati kepada Ria.

Maka, apabila Ria menjadikan Hariz tempat luahannya. Hariz begitu baik memberi nasihat dan sokongan, akibat dari kerana keprihatinan Hariz. Ria memberanikan diri meluahkan perasaannya terhadap Hariz. *Perigi cari timba* Pada waktu itu, perkenalan masih singkat. Rupanya, Ria masih lagi belum mengenali siapa Hariz sebenarnya. Tika itu, Hariz masih lagi belum menerima luahan perasaan Ria, kerana dia menaruh hati kepada seorang gadis bernama Nisa. Ria terpaksa menahan memendam luka, dengan memberikan galakan kepada Hariz untuk mendapatkan Nisa, siap dengan memberikan idea dan tips bagaimana ingin memikat Nisa.

Ria tahu jika Hariz bahagia dengan Nisa, dia bahagia untuk Hariz. Hariz menghilangkan diri selama sebulan lebih, tetapi Ria sentiasa update pasal Hariz melalui laman muka buku, wechat dan twitter, Malah, setiap pagi dan malam, Ria tak pernah lupa untuk wish 'Good Morning' dan 'Good Night'. Lebih kurang dikatakan. setiap malam Ria menahan hatinya menangis kerana terluka, Tetapi, Hariz tetap menyepikan diri, Maka, Ria bangkit untuk tidak mahu terluka lagi.

Tetapi, takdir Allah, kita tak mampu tolak. Hariz kembali, menjanjikan sesuatu. iaitu memberikan seribu satu harapan yang beliau akan menerima kasih Ria. Ria seorang gadis yang naif. Punya gembira Ria apabila Hariz muncul semula dan ingin melamarnya sebagai seorang kekasih, tetapi seminggu dari hari mereka berdua berpasangan, Ria dapat tahu Hariz mempunyai kekasih yang lain.

Ria mengambil keputusan mendiamkan diri sahaja, dan membiarkan hubungan mereka tergantung begitu sahaja. pada tika umur Ria 16 tahun. Waktu tu hari Raya Aidilfitri. Entah bagaimana, Ria sudah rasa penat memendam, dia memikirkan cara untuk membiarkan segala persoalan yang bermain dalam jiwa dan hatinya terjawab, maka Ria menghubungi semula Hariz. Mereka (Ria dan Hariz) berhubung, soalan pada hari raya pertama oleh Ria kepada Hariz adalah  "Hariz, anggap Ria sebagai seorang kekasih atau hanya seorang adik ?" jawapan yang Ria perolehi "Hariz tak pernah anggap Ria lebih dari seorang adik." Dengan jawapan yang Ria perolehi, Ria tahu, Hariz tak pernah mempunyai apa-apa perasaan padanya. Ria hanya diperlukan apabila Hariz bosan dan memerlukan teman untuk berbual, dan apabila Hariz sudah menemui yang baru, dia menyepikan diri meninggalkan Ria sendiri yang menunggu ibarat menanti bulan jattuh ke riba.

Kini, Ria sedang menyambung pelajarannya ke peringkat diploma. Sedang proses mengenali seseorang. Tetapi yang paling utama, BELAJAR HARUS DIUTAMAKAN.

Atul, meceritakan seringkas-ringkasnya kisah seseorang yang mungkin adik-adik boleh ambil teladan dan iktibar. Malah, walaupun Hariz memperlakukan Ria sebegitu, Ria masih lagi melayan baik Hariz dan cuba melupakan perasaan yang dulu ada pada Hariz. Atul, tak nak adik-adik yang bercinta, bila dah putus, mengamuk, marah lepas tu tak contact lagi. Tapi, tak apa Atul faham sebab kau orang nak masa untuk pulihkan jiwa raga yang terluka,

Bagi Atul lah kan, kai orang ibarat lari dari masalah. Hadapi dengan berani. JANGAN BERDENDAM PADA EX.

Disini sahaja Atul punya entri.
Apa yang baik semua datang dari Allah,
dan yang buruk semua itu datang dari kesalahan Atul sendiri.

Assalammualaikum.


No comments:

Post a Comment