Thursday 10 December 2015

Kini dan Dulu

Assalammualaikum  ^^

dari pengalaman Atul yang sedang meningkat dewasa.
Atul melihat banyak perubahan yang berlaku pada dunia ini.
Salah satunya, dulu kawasan kampung yang dipenuhi dengan banyak jenis pokok.
Diranap, dengan projek perumahan.

Kanak-kanak yang kecik bermain di halaman rumah kampung.
Berseronok, berkejaran, bermain ting ting, para kanak-kanak perempuan bermain batu seremban atau congkak di serambi rumah. Rindu tika itu, semua asyik dengan permainan itu sambil ditemani angin bayu petang.
Tika itu, ibu ayah dan pakcik makcik menghirup kopi dan menjamu minum petang sambil melihat karenah anak-anak yang asyik dengan dunia mereka. Malah, tak kurang juga, yang nakal menempel sisi ibu ayah meminta disuap dengan santapan minum petang.

Tapi kini, anak-anak lebih menumpukan mata mereka ke arah gajet-gajet. Duduk bersandar di sofa depan kipas, beratapkan bumbung. Sampaikan ibu ayah menyuruh mereka bermain diluar, tetapi diendahkan sahaja. Kalau dulu, mahu keluar main sampai dimarahi paksa masuk ke rumah.

Kalau dulu, berjalan di kampung pasti menemui suatu yang baru, antaranya, mengenali pokok-pokok, binatang dan jiran-jiran. Atul masih ingat lagi, pengalaman Atul yang memanjat pokok jambu batu. Tika itu, rasa seronok sangat, dapat makan jambu batu berkongsi pula dengan sepupu-sepupu. Pengalaman yang kedua, apabila Atul dan sepupu berusaha menjatuhkan beberapa buah betik yang pokoknya betul-betul depan surau. Nak panjat pokok betik, mana pernah dibuat orang. Kalau ada adik-adik yang tak tahu mana satu pokok betik, tanya sesiapa atau google ya. Paling batu punya batu, finally jatuh 2 biji. Semua pakat pelahap. Best lagi tu, Acu pun join sekaki.

Rindu, Atul bila balik kampung jumpa sepupu ajak keluar pusing-pusing kampung. Mereka tak mahu, lebih rela mengadap telefon pintar mereka. BONUS buat mereka, Pak Long pasang Wi-Fi. Kadang tertanya, tak rindu ke mereka pada pengalaman dulu, memori dulu.

Baik itu semua datang dari Allah,
dan buruk itu datang daripada kesalahan Atul sendiri.

Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment