Saturday 7 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB7

"Lupa pula nak bagitahu kau berdua. Laila tu adik susuan aku. Time dia kecik, Ummi dia sibuk tolong Abi dengan bisnes, jadinya Ummi hantarlah Laila kat rumah aku. Hari kelahiran Atul dan Laila berdekatan so.. Ibu aku ibu susuan dia dan aku abang susuan dia. Ada faham ?" Terang Qayyum.

"Wah.. Tenangnya. Angin laut, bestnya. Macam cerita Titanic pula. Hilang semua tekanan. Laila, jom kita bisik kat angin." cadang Atul. "Ok. 1, 2, 3." "Wahai angin, bawalah semua masalah ku pergi. Bawa ia pergi jauh dariku." bisik Atul pada angin. "Apa yang kau bisikkan ?" tanya Atul pada Laila. Senyum Laila disakat oleh Atul. "Atul, kita nak kerja apa ? Apa kerja yang boleh kita buat kat sini ?" Laila tukar topik. "Kita kerja kat hotel je. Senang, gaji pun masyhuk." "Atul, sanggup kau buat kerja terkutuk tu. Kita ni bukan desperate. Aku sayang Remy tau. Reykal tak ada, tak semestinya kau nak buat kerja bodoh ni. Ya Allah, terangilah hati kawan ku. Putihkan semula hatinya." "Aduh, sakitlah kepala aku." "Tahu kau sakit. Lai, kalau aku cakap kau bodoh kau marah, kalau aku cakap tak ada akal, ada. Tapi, tak nak guna. Maksud aku, kita minta kerja kat hotel tu. Jadi, housekeeping ke, pembantu chef ke, atau pun steward ataupun receptionist." Tergelak Laila apabila dia sedar dia tersalah faham dengan maksud 'hotel'. Atul pun turut ketawa. Pengunjung-pengunjung disitu tersenyum melihat kemesraan persahabatan mereka.

"Abang Q, kita orang dah dapat kerja dah. Hotel Lovely Garden, Atul dapat jadi pembantu chef dan Laila dapat jadi receptionist. Sebab ada pengalaman dulu kat Hotel T. R. I. I. (Tengku.Reykal.Iskandar/Irfan). Dekat juga dengan tempat kerja abang. Boleh kan ?" Qayyum mengangguk tanda izin. Atul peluk abangnya erat. Telefon Atul bergetar, dia menjawab. "Ada apa, Bah ? Abah, tak sihat ke ?" "Atul jangan risaukan Abah. Anak Abah baik-baik sahaja kan ? Abah tahu anak abah seorang ni tabah orangnya. Atul tahu tentang Reykal dengan Lesya ?" tanya Abah lembut. "Kenapa dengan Reykal ? Ada apa-apa yang berlaku ke ?" terselit kerisauan di hati Atul. Walaupun, mereka sudah putuskan pertunangan tapi sayang itu ada. "Abah, harap kamu sabar. Ibu dan Ummi da berbincang tentang Lesya dan Reykal. Kenduri akan diadakan hujung tahun ni. Kamu tak nak bantah ke ?" "Tak apa, Bah. Atul tahu, Atul redha. Jodoh kami tak panjang. Maafkan Atul melukan Abah." "Kamu tak jumpa lelaki lain kan ? Kamu cintakan Reykal ? Kamu rindukan dia kan ?" Ayah mana yang sanggup melihat anaknya terluka. Tapi apakan daya yang dia ada untuk lakukan. Jika itu keputusan anaknya, dia redha dan mendoakan apa yang terbaik sahaja untuk anaknya. "Alhamdulillah, akhirnya Lesya dapat juga Reykal kan, Abah ? Abah, Atul minta diri dulu. Nak tunaikan solat Asar." Salam dijawab, jatuh air matanya. 'Atul tabah ! Atul kuat ! Atul jangan menangis ! Atul senyum ! Apa yang berlaku ada hikmahnya, Atul.' bisik hatinya memberi kekuatan. "Atul....." belum sempat Laila ingin bercakap, Qayyum menghalang. "Berikan dia masa. Nanti-nanti lah kita tanya."

Asar sudah berlalu, Magrib juga begitu. Tapi kelibat Atul tiada. Dia mengurungkan dirinya sendiri di dalam bilik. Alunan ayat suci Al-Quran didengari dari bilik Atul.

No comments:

Post a Comment