Saturday 3 September 2016

Ini yang aku pilih, ini yang akan aku hadap.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

ASSALAMMUALAIKUM, readers.

Lamanya Atul tak menulis kan ? Nak undurkan masa boleh ? Huhuhuuhhuhuhuhuhu. 



BYE.

Sunday 14 February 2016

Salam 2016 =^-^=

Menjengah bulan Februari la, baru atul update blog.
Hahaha.
Baru nak bagi "SALAM 2016"
Maaf kepada pembaca dan pelawat blog ini.
Sem ini merupakan sem yang palin sibuk
Walaupun, WiFi ada, tetap tak menyenangkan Atul untuk menaikkan entry di laman sesawang setiap hari.
Ini pun 2 bulan baru ada kesempatan untuk update.
Sis mohon maaf ^^
Assalammualaikum
Semoga sihat sahaj dan dirahmati Allah...
In sya ALLAH 

Thursday 10 December 2015

Kini dan Dulu

Assalammualaikum  ^^

dari pengalaman Atul yang sedang meningkat dewasa.
Atul melihat banyak perubahan yang berlaku pada dunia ini.
Salah satunya, dulu kawasan kampung yang dipenuhi dengan banyak jenis pokok.
Diranap, dengan projek perumahan.

Kanak-kanak yang kecik bermain di halaman rumah kampung.
Berseronok, berkejaran, bermain ting ting, para kanak-kanak perempuan bermain batu seremban atau congkak di serambi rumah. Rindu tika itu, semua asyik dengan permainan itu sambil ditemani angin bayu petang.
Tika itu, ibu ayah dan pakcik makcik menghirup kopi dan menjamu minum petang sambil melihat karenah anak-anak yang asyik dengan dunia mereka. Malah, tak kurang juga, yang nakal menempel sisi ibu ayah meminta disuap dengan santapan minum petang.

Tapi kini, anak-anak lebih menumpukan mata mereka ke arah gajet-gajet. Duduk bersandar di sofa depan kipas, beratapkan bumbung. Sampaikan ibu ayah menyuruh mereka bermain diluar, tetapi diendahkan sahaja. Kalau dulu, mahu keluar main sampai dimarahi paksa masuk ke rumah.

Kalau dulu, berjalan di kampung pasti menemui suatu yang baru, antaranya, mengenali pokok-pokok, binatang dan jiran-jiran. Atul masih ingat lagi, pengalaman Atul yang memanjat pokok jambu batu. Tika itu, rasa seronok sangat, dapat makan jambu batu berkongsi pula dengan sepupu-sepupu. Pengalaman yang kedua, apabila Atul dan sepupu berusaha menjatuhkan beberapa buah betik yang pokoknya betul-betul depan surau. Nak panjat pokok betik, mana pernah dibuat orang. Kalau ada adik-adik yang tak tahu mana satu pokok betik, tanya sesiapa atau google ya. Paling batu punya batu, finally jatuh 2 biji. Semua pakat pelahap. Best lagi tu, Acu pun join sekaki.

Rindu, Atul bila balik kampung jumpa sepupu ajak keluar pusing-pusing kampung. Mereka tak mahu, lebih rela mengadap telefon pintar mereka. BONUS buat mereka, Pak Long pasang Wi-Fi. Kadang tertanya, tak rindu ke mereka pada pengalaman dulu, memori dulu.

Baik itu semua datang dari Allah,
dan buruk itu datang daripada kesalahan Atul sendiri.

Assalammualaikum.

Kepercayaan, Permainan dan Luka

Assalammualaikum,

Ria pada itu umurnya 14 tahun, dia mengenali seorang jejaka bernama Hariz yang tua setahun daripadanya. Tapi, perkenalan mereka ercetus melalui laman muka buku. *ini bukan cinta laman muka buku* Pada mulanya, status mereka hanyalah seperti seorang adik dan abang. Tak lebih dari itu, tetapi, Ria seorang perempuan yang mudah jatuh cinta, dan pada ketika itu, dia mempunyai seorang kekasih bernama Aiman. Aiman seorang yang kaki cemburu, yang mudah melenting. Hubungan mnereka terputus akibat daripada sifat cemburu rakan Aiman yang dalam diam menaruh hati kepada Ria.

Maka, apabila Ria menjadikan Hariz tempat luahannya. Hariz begitu baik memberi nasihat dan sokongan, akibat dari kerana keprihatinan Hariz. Ria memberanikan diri meluahkan perasaannya terhadap Hariz. *Perigi cari timba* Pada waktu itu, perkenalan masih singkat. Rupanya, Ria masih lagi belum mengenali siapa Hariz sebenarnya. Tika itu, Hariz masih lagi belum menerima luahan perasaan Ria, kerana dia menaruh hati kepada seorang gadis bernama Nisa. Ria terpaksa menahan memendam luka, dengan memberikan galakan kepada Hariz untuk mendapatkan Nisa, siap dengan memberikan idea dan tips bagaimana ingin memikat Nisa.

Ria tahu jika Hariz bahagia dengan Nisa, dia bahagia untuk Hariz. Hariz menghilangkan diri selama sebulan lebih, tetapi Ria sentiasa update pasal Hariz melalui laman muka buku, wechat dan twitter, Malah, setiap pagi dan malam, Ria tak pernah lupa untuk wish 'Good Morning' dan 'Good Night'. Lebih kurang dikatakan. setiap malam Ria menahan hatinya menangis kerana terluka, Tetapi, Hariz tetap menyepikan diri, Maka, Ria bangkit untuk tidak mahu terluka lagi.

Tetapi, takdir Allah, kita tak mampu tolak. Hariz kembali, menjanjikan sesuatu. iaitu memberikan seribu satu harapan yang beliau akan menerima kasih Ria. Ria seorang gadis yang naif. Punya gembira Ria apabila Hariz muncul semula dan ingin melamarnya sebagai seorang kekasih, tetapi seminggu dari hari mereka berdua berpasangan, Ria dapat tahu Hariz mempunyai kekasih yang lain.

Ria mengambil keputusan mendiamkan diri sahaja, dan membiarkan hubungan mereka tergantung begitu sahaja. pada tika umur Ria 16 tahun. Waktu tu hari Raya Aidilfitri. Entah bagaimana, Ria sudah rasa penat memendam, dia memikirkan cara untuk membiarkan segala persoalan yang bermain dalam jiwa dan hatinya terjawab, maka Ria menghubungi semula Hariz. Mereka (Ria dan Hariz) berhubung, soalan pada hari raya pertama oleh Ria kepada Hariz adalah  "Hariz, anggap Ria sebagai seorang kekasih atau hanya seorang adik ?" jawapan yang Ria perolehi "Hariz tak pernah anggap Ria lebih dari seorang adik." Dengan jawapan yang Ria perolehi, Ria tahu, Hariz tak pernah mempunyai apa-apa perasaan padanya. Ria hanya diperlukan apabila Hariz bosan dan memerlukan teman untuk berbual, dan apabila Hariz sudah menemui yang baru, dia menyepikan diri meninggalkan Ria sendiri yang menunggu ibarat menanti bulan jattuh ke riba.

Kini, Ria sedang menyambung pelajarannya ke peringkat diploma. Sedang proses mengenali seseorang. Tetapi yang paling utama, BELAJAR HARUS DIUTAMAKAN.

Atul, meceritakan seringkas-ringkasnya kisah seseorang yang mungkin adik-adik boleh ambil teladan dan iktibar. Malah, walaupun Hariz memperlakukan Ria sebegitu, Ria masih lagi melayan baik Hariz dan cuba melupakan perasaan yang dulu ada pada Hariz. Atul, tak nak adik-adik yang bercinta, bila dah putus, mengamuk, marah lepas tu tak contact lagi. Tapi, tak apa Atul faham sebab kau orang nak masa untuk pulihkan jiwa raga yang terluka,

Bagi Atul lah kan, kai orang ibarat lari dari masalah. Hadapi dengan berani. JANGAN BERDENDAM PADA EX.

Disini sahaja Atul punya entri.
Apa yang baik semua datang dari Allah,
dan yang buruk semua itu datang dari kesalahan Atul sendiri.

Assalammualaikum.


Jealous {Cemburu}

Assalammualaikum.
Atul memberi tajuk JEALOUS pada entri pada kali  ini.
Untuk menjawab persoalan yang berada dalam minda anda semua.
Atul, mempunyai sendiri pengalaman handle manusia yang ada sikap JEALOUS dan melihat manusia bersikap JEALOUS.

Pernah dengar ayat ini :-

CEMBURU ITU TANDA CINTA

Tapi, pernah terfikir cemburu yang macam mana ?

Bagi, anda yang membaca novel, mesti anda tahu bagaimana reaksi HERO bila HEROIN rapat dengan orang KETIGA yang tiba-tiba muncul. HERO akan bagi AMARAN :-
1_ JANGAN RAPAT
2_ JANGAN BERCAKAP
3_ JANGAN BERJUMPA
dan BANYAK lagi lah.

Kalau hubungan HERO+HEROIN = PERKAHWINAN.
Atul tak kisah sangat, sebab HERO berhak. SYURGA ISTERI KAN TERLETAK PADA KAKI SUAMI.

Tapi, kalau cemburu yang tak menentu, sikit-sikit MERAJUK, SENTAP, MEMBISU, IGNORE KITA. For me, that's enough. Terpaksalah kita PUJUK.
Bagaimana pula, kalau KAKI PUKUL, YA ALLAH, minta dijauhkan. Google lah tips melembutkan hati si dia, ataupun lebih mudah rujuklah pada si ibu kepada suami atau mana-mana ustaz mahupun ustazah. Bukan hangpa terus pi terjah masuk pelosok hutan cari bomoh, NAUZUBILLAH, minta dijauhkan ya ?

Bagi Atul, adik-adik yang ada BOYFIREND atau GIRLFRIEND jagalah adab dan tingkah laku. Bukan siapa yang adik COUPLE tu akan jadi adiknya IMAM atau MAKMUM. Kalau TAK ADAjodoh tu, janganlah teriak bagai nak rak macam hilang suami/isteri. Pedih lagi sakit kehilangan IBUBAPA dari kehilangan seorang KEKASIH. FAKTA.

SEBAB : ORANG YANG PALING KAYA DALAM DUNIA ADALAH ORANG YANG MASIH PUNYA IBU DAN AYAH. MANAKALA, ORANG YANG PALING MISKIN ADALAH APABILA DIA KEHILANGAN KEDUA IBUBAPA NYA.

Cuba kira berapa banyak KASIH SAYANG yang IBUBAPA adik bagi kepada adik berbanding KEKASIH adik ? Perbezaan yang sangat jauh, kalau buat pengiraan menggunakan carta , bukti terang lagi bersuluh akan menunjukkan IBUBAPA adik yang jadi juara dalam memberi kasih sayang pada adik.

Atul, tahu masih ada lagi terselit adik-adik Atul yang belum pernah bercinta atau ber'couple'. Atul sangat hormat pada kau orang, sebab Atul sendiri terjebak dalam isu remaja ini. Tapi siapalah Atul, hanya manusia yang lemah, sering melakukan kesilapan. Bagi, Atul, adik-adik ini tak perlu CEMBURU pada kawan-kawan adik yang rak bercinta, sebab adik-adik setiap hamba Allah pasti ada pasangannya, jadi BERSABARLAH dan BERDOA.

Bagi adik Atul yang dah atau sedang ber'couple' atau bercinta. CINTA PADA YANG UTAMA IAITU ALLAH. JANGAN SAMA SEKALI KITA NAFIKAN. Jangan terlalu naif, berhati-hati, jangan meletakkan 100% kepercayaan pada si dia, selagi dia belum menjadi hak kita, jangan terlalu mengonkong, jangan terlalu cemburu, jangan cepat jump in conclusion,just be yourself.

Lagi satu yang Atul nak tekankan is, SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN.
JIKA DIA KEMBALI PADA KITA, ALHAMDULILLAH, JIKA TIDAK, REDHA DAN TERUSKAN KEHIDUPAN.

UISH, punya scroll apa yang Atul tulis macam dah menjengah alam perkahwinan. Maaf, saya tiada pengalaman. Cuma melalui pembacaan dan melihat pada isu-isu terkini sahaja.

Apa yang baik semua datang daripada ALLAH,
dan yang buruk itu datang pada kesalahan Atul sendiri.

Tuesday 8 December 2015

University Life #Part2

Assalammualaikum...........................

Bersambung pada entri University Life #Part1

Hari itu Atul cerita pasal, BOYS&GIRLS LOVE dan SENIOR.

Sekarang, Atul nak cerita pasal apa ye. Hummmmm.

ROOMMATE pula. OK tak ?

Bermulalah kisah, seorang budak comel bernama Atul. huhuhu. Menempuhi alam universitinya.
Dia terpaksa berasing dengan keluarganya. Sadissss. Duduk kolej for the first time, maklumlah, sebelum ini pun Atul bukanlah budak asrama. Result tak seberapa mana pun. Bilik yang boleh la dikatakan 'BESAR SIKIT'. Diisi dengan kelengkapan katil double decker 1 dan katil single 1, 3 almari dan 3 meja study, 4 soket plug, tetapi tiada kemudahan Wi-Fi.

Maka, bertembunglah Atul dengan roommatenya, iaitu X dan Y. X berasal dari Selangor, dan begitu juga dengan Y. Kami satu kursus tetapi berlainan. Seminggu juga lah, kami amik masa untuk berkenalan dan mengenali. Bilalah dah kenal, DAHSYAT! Hahahaha.

Walaupun, sudah masuk semester baru dan berpindah ke kampus baru. Kami tetap se'roommate'. Sedangkan yang lain semua berpusu-pusu nak kawan sekelas dalam satu bilik. Mungkin, semester yang akan datang kami tak lagi BERSATU. HUHUHU. Sebab mengikut MERIT. Kalau AKTIF, probability untuk duduk dalam kolej TINGGI, kalau XAKTIF, 'SORRY BRO/SIS, GUA TAK JAMIN LO NETEP DI KOLEJ'. Indon sekejap. Bagi sesiapa yang tak tahu apa sis Atul ni merepek, Atul convertkan dalam bahasa MELAYU. 'MAAF ABANG/KAK, SAYA TAK YAKIN ANDA MENETAP DI KOLEJ'. Maksud yang lebih jelas , mungkin anda terpaksa kena sewa rumah yang akan memakan banyak wang ringgit, Menangis tak berlagu....

Kalau kau orang pandai bawa diri dan sesuaikan diri dengan roommate anda, Atul yakin kau orang tak akan dapat apa-apa masalah dan menimbulkan apa-apa problem.

Ok la. Sis, kongsikan cerita kawan sis, yang sem lepas dapat ROOMMATE yang sumpahlah tersangat ANNOYING dan TAK HORMAT ORANG LAIN.

Kita duduk satu bilik dengan orang, lain orang, lain caranya. Jadi tips Atul, kenalilah ROOMMATE anda, dan PAKSALAH ROOMMATE anda kenali siapakah ANDA.

Tips ke-2, berlemah lembut dan bertoleransi dengan ROOMMATE anda, Bincang elok-elok kalau ada masalah, DON'T JUMP IN CONCLUSION SO SOON OR YOU WILL REGRET IT. 

OK. Sebelum, Atul berkongsi tips yang lain, lebih baiklah Atul menceritakan apa yang berlaku pada member Atul ni, Kita berikan nama, Titi.

Kita cuba selamkan diri kita, jika kita ditempat Titi dahulu. APAKAH perasaan anda jikalau jam sudah menunjukkan 12.00 a.m. tapi si Yaya bersama rakannya masih lagi menghadap laptop, bukan buat ASSIGNMENT atau KERJA YANG LECTURER BAGI, tetapi, memasang LAGUUUUU pada volume 100% ? APAKAH yang anda akan lakukan ? Jikalau rakan si Yaya SELAMBA ROCK mengambil bantal anda membuat persinggahan di kepalanya. APAKAH tindakan ANDA ? Jikalau anda tak dapat tidur, disebakan gangguan itu, sedangkan anda ada kelas pada jam 8 a.m. pada keesokan harinya.

ATUL, JUJUR, ATUL AKAN MENGAMUK.

Jadi, benarlah apa yang Atul katakan, PLEASE DEAR, RESPECT !!! RESPECT !!! RESPECT !!!.
Kalau KITA, nak ORANG hormat kepada KITA, KITA kena hormat pada ORANG dulu.

Atul, tak nak adik-adik Atul ditimpa masalah dan mencari masalah. Kalau dalam bilik tu, sama-sama baik, tak ke senang minta tolong, Kalau dah bermasam muka, dapat roommate perangai macam Yaya tu, tak ke kau orang dalam situasi yang sama dengan Titi. Lagi, menambahkan bengang tahap kebengangan dari level 40% kepada 100% bila Titi dah berkompromasi, tapi si Yaya ni buat dek je.

Adik-adik, si Yaya ni buat dek je. Tahap MELAMPAU. Betapa tabahnya si Titi menghadap si Yaya ni, kalau Atul la dah ku debik-debik. Atul... CAKAP JE BOLEH, TAPI HABUK JE. HEHEHE.

BYE.... ASSALAMMUALAIKUM.
In Sya ALLAH, Atul updatekan entri yang baru.
Ingat lah pesan dan tips yang Atul kongsikan ni.

Apa yang baik datang dari Allah, dan buruk itu datang dari kesalahan Atul sendiri.

University Life #Part1

Siapa sangka hidup di alam UNIVERSITI banyak cabaran dan dugaan.
Dari segi PELAJARAN  dan PEMBELAJARAN.
Izinkan Atul berkongsi sedikit pengalaman Atul di ALAM UNIVERSITI.
Menerjah 'ALAM' ini, membuatkan Atul merindui ZAMAN PERSEKOLAHAN.
Serius MENYESAL dengan kata-kata :
- TAK MAU G SKOLA
- MLAS LA G SKOLA
- BILA NA HBIS SKOLA
-XBEST AH G SKOLA
MENYESAL TAK SUDAH !!!!!

HAHAHAHAHAHAHAHA.

Selain dugaan, about peperangan mental dan fizikal terhadap ILMU.
HATI, MATA dan JIWA pun.
Berterabur JEJAKA-JEJAKA dan GADIS-GADIS dari serata MALAYSIA.
Kalau dulu sekolah, kawan sebelah kita pun jiran sekampung, setaman, senegeri.
TAPI, alam universiti, kawan kelas kita, dari TERENGGANU, SELANGOR, KELANTAN, SABAH dan banyak negeri lain lagi la.
MALAH, kita masuk UNIVERSITI di kampus yang ditetapkan.
Macam Atul JAUHHHHHHHHHHHHHHHHHH.
Tapi, inilah pengalaman, merantau negeri lain, kenal budaya, kawasan-kawasan yang menarik.
HOMESICK ???
For the first time jer.
Nanti nak kerja, duk jauhdari FAMILY jugak.
Sebabkan Atul jauh so, jaranglah Atul balik rumah, kalau ada cuti panjang baru terkinja-kinja seronok balik.
Kalau macam member-member yang dekat tiap-tiap hujung minggu balik,
JEALOUS SEYHHHHHHHHHHHHHHH

Bebalik pada apa yang Atul cakap pasal berterabur anak-anak dara dan anak-anak teruna orang.
Dekat sini mulalah ada simptom, nak BERCINTA, nak BERKASIH.
Bagi Atul as long U boleh bahagikan MASA dengan STUDY dan LOVE.
It's OKEY.
Fitrah MANUSIA.

INGIN BERCINTA, MENCINTAI dan DICINTAI.

TIPS : Kalau dapat GUY yang cemburu MEM ba.alif.ba.ya BUTA. TINGGALKAN!!! HAHAHA.   PENTING : Suruhlah GUY tu, minta izin PARENTS kita untuk BERKAWAN. Restu AYAH dan IBU, UTAMAKAN!!! 

PESANAN pada adik-adik lelaki Atul yang menjengah:
BOYS, jangan mempermainkan hati-hati adik-adik perempuan Atul. Apa perasaan korang kalau, KAKAK or ADIK boy, DIPERMAINKAN dengan BOYS lain ? Rasa nak DEBIK-DEBIK je kan ?
BEGITU JUGA SEBALIKNYA FOR THE GIRLS. Adik-adik perempuan Atul yang menjengah. 

DON'T BE PLAYBOY OR PLAYGIRL!!! ^^

Atul galakkan, AKTIFKAN diri anda. Menyertailah mana-mana KELAB, SUKAN, dan lain-lain lagi. Dengan menerombos masuk dalam kelab or sukan or papepun. Dekat sini banyak pengalaman yang korang dapat, kenal SENIOR, kenal erti kehidupan. KENAPA ? APA KAITAN SENIOR DENGAN KEHIDUPAN ?

Ini bukan lagi, zaman sekolah yang kes SENIOR VS JUNIOR. Siapa paling HOT ? Kena tunduk hormat bagi salam kat SENIOR. Takut dengan SENIOR. PLEASEEEEEEEEEEEE.

Korang still kena HORMAT dengan SENIOR. Maksud Atul, janganlah KURANG AJAR dan PIJAK KEPALA mereka, buat diri anda terasabseprti RAJA suka-suka tak jaga perasaan SENIOR,

SENIOR ??
Pengalaman dia orang BANYAK. Buat PROPOSAL, jumpa orang ATASAN untuk minta buat program, sertai dan memenangi dalam apa-apa PERTANDINGAN, sudah mengalami peringkat yang bakal kita MELANGKAH.

Kenal diorang, minta tips berguna dengan diorang. Adik-adik Atul, tak kira lelaki mahupun perempuan, yang baik perlakuan dan tips senior kau orang bagi IKUT/FOLLOW je. Kalau tak baik, jangan lah ikut. UNFOLLOW.

Atul behenti dulu disini. In sya ALLAH.
Jika tiada kekangan masa, Atul akan UPDATE.

ASSALAMMUALAIKUM.