Thursday 10 December 2015

Jealous {Cemburu}

Assalammualaikum.
Atul memberi tajuk JEALOUS pada entri pada kali  ini.
Untuk menjawab persoalan yang berada dalam minda anda semua.
Atul, mempunyai sendiri pengalaman handle manusia yang ada sikap JEALOUS dan melihat manusia bersikap JEALOUS.

Pernah dengar ayat ini :-

CEMBURU ITU TANDA CINTA

Tapi, pernah terfikir cemburu yang macam mana ?

Bagi, anda yang membaca novel, mesti anda tahu bagaimana reaksi HERO bila HEROIN rapat dengan orang KETIGA yang tiba-tiba muncul. HERO akan bagi AMARAN :-
1_ JANGAN RAPAT
2_ JANGAN BERCAKAP
3_ JANGAN BERJUMPA
dan BANYAK lagi lah.

Kalau hubungan HERO+HEROIN = PERKAHWINAN.
Atul tak kisah sangat, sebab HERO berhak. SYURGA ISTERI KAN TERLETAK PADA KAKI SUAMI.

Tapi, kalau cemburu yang tak menentu, sikit-sikit MERAJUK, SENTAP, MEMBISU, IGNORE KITA. For me, that's enough. Terpaksalah kita PUJUK.
Bagaimana pula, kalau KAKI PUKUL, YA ALLAH, minta dijauhkan. Google lah tips melembutkan hati si dia, ataupun lebih mudah rujuklah pada si ibu kepada suami atau mana-mana ustaz mahupun ustazah. Bukan hangpa terus pi terjah masuk pelosok hutan cari bomoh, NAUZUBILLAH, minta dijauhkan ya ?

Bagi Atul, adik-adik yang ada BOYFIREND atau GIRLFRIEND jagalah adab dan tingkah laku. Bukan siapa yang adik COUPLE tu akan jadi adiknya IMAM atau MAKMUM. Kalau TAK ADAjodoh tu, janganlah teriak bagai nak rak macam hilang suami/isteri. Pedih lagi sakit kehilangan IBUBAPA dari kehilangan seorang KEKASIH. FAKTA.

SEBAB : ORANG YANG PALING KAYA DALAM DUNIA ADALAH ORANG YANG MASIH PUNYA IBU DAN AYAH. MANAKALA, ORANG YANG PALING MISKIN ADALAH APABILA DIA KEHILANGAN KEDUA IBUBAPA NYA.

Cuba kira berapa banyak KASIH SAYANG yang IBUBAPA adik bagi kepada adik berbanding KEKASIH adik ? Perbezaan yang sangat jauh, kalau buat pengiraan menggunakan carta , bukti terang lagi bersuluh akan menunjukkan IBUBAPA adik yang jadi juara dalam memberi kasih sayang pada adik.

Atul, tahu masih ada lagi terselit adik-adik Atul yang belum pernah bercinta atau ber'couple'. Atul sangat hormat pada kau orang, sebab Atul sendiri terjebak dalam isu remaja ini. Tapi siapalah Atul, hanya manusia yang lemah, sering melakukan kesilapan. Bagi, Atul, adik-adik ini tak perlu CEMBURU pada kawan-kawan adik yang rak bercinta, sebab adik-adik setiap hamba Allah pasti ada pasangannya, jadi BERSABARLAH dan BERDOA.

Bagi adik Atul yang dah atau sedang ber'couple' atau bercinta. CINTA PADA YANG UTAMA IAITU ALLAH. JANGAN SAMA SEKALI KITA NAFIKAN. Jangan terlalu naif, berhati-hati, jangan meletakkan 100% kepercayaan pada si dia, selagi dia belum menjadi hak kita, jangan terlalu mengonkong, jangan terlalu cemburu, jangan cepat jump in conclusion,just be yourself.

Lagi satu yang Atul nak tekankan is, SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN.
JIKA DIA KEMBALI PADA KITA, ALHAMDULILLAH, JIKA TIDAK, REDHA DAN TERUSKAN KEHIDUPAN.

UISH, punya scroll apa yang Atul tulis macam dah menjengah alam perkahwinan. Maaf, saya tiada pengalaman. Cuma melalui pembacaan dan melihat pada isu-isu terkini sahaja.

Apa yang baik semua datang daripada ALLAH,
dan yang buruk itu datang pada kesalahan Atul sendiri.

No comments:

Post a Comment