Wednesday 4 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB1

Bukan kehendak dia semua ini terjadi. Ditinggal sunyi sendiri hujan yang membasahi lantai bumi seperti faham apa yang menimpa gadis itu. 'Bukan kehendak saya lepaskan awak. Tapi semua ini berlaku ada sebabnya' bisik hati gadis itu. Dia baru sahaja bertemu dengan tunang tercintanya, Reykal. Tapi gelaran tunang telah tukar menjadi bekas tunang. Mindanya mengulangi kembali sketsa yang baru sahaja berlaku.

"Atul, kenapa awak tergesa-gesa nak berjumpa dengan saya. Nasib baiklah sekarang, waktu lunch. Atul, awak sedar tak saya dekat sini." tegur Reykal. "Maafkan saya. Saya nak beritahu awak sesuatu, saya harap awak faham dan sudi memaafkan saya." kata Atul perlahan. "It is important things ? What it is, Atul ? Please tell me, dear." riak muka Reykal menambahkan lagi berat beban Atul untuk meluahkan. Tetapi dia terpaksa dalam rela, "Reykal, Atul dah jumpa pengganti Reykal. Atul bahagia disamping dia. Atul nak pertunangan kita putus. Maafkan saya." Atul kata dengan berani.

Hati bertambah pilu, apabila tunangnya sendiri menampar pipinya. Dia redha. Reykal pergi begitu sahaja, terpaksa dia menelan hakikat ini semuanya realiti. Hatinya menjerit memanggil Reykal, tapi akal nekad untuk tidak berpatah balik demi kebahagiaan adiknya. Hujan menyirami tubuhnya. Air matanya mengalir sekata dengan air hujan yang turun renyai-renyai. 

Atul menggagahkan dirinya, memandu kereta menuju ke rumah Laila, sahabatnya yang terletak di Kondominium Sri Melati. Sampai sahaj di depan rumah sahabatnya, dia menekan lonceng dan salam diberi. Laila yang melihat Atul kebasahan bergegas membuka pintu dan menjemputnya masuk. Qaseh Atul duduk di sofa. Laila yang melihat wajah sugul sahabatnya terus menghampiri dengan membalut badannya dengan towel dan menghulurkan secawan Hot Choc Cadbury. "Lai, jahat kan aku ? Melukai hati lelaki sebaik Reykal Iman. Aku rela kehilangan Reykal, daripada kehilangan seukir senyuman di wajah adik aku. Lagipun, Lesya lebih rapat dengan Ummi Reykal. Lesya sempurna, Lai. Bukan macam aku. Masak, kemas, sopan, cantik semua serba serbi sempurna. Aku ni harap je study tinggi, tapi..." kata-kata Atul berhenti.

No comments:

Post a Comment