Thursday 12 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB9



"Penatny, Lai. Laila, esok kita ikut Abang Q pergi kerja nak tak ? Lama tak lepak kat Teluk Batik." Dah 3 bulan mereka bekerja di Hotel Lovely Garden. Tak sangka masa, berlalu dengan pantas. "Aku ok je. Lagipun, esok bukan kerja pun. Aku dengar esok ada meeting dan kau join sekali kan ? Maklumlah, sejak naik pangkat jadi PA peribadi dia ni, semaki rapat pula kau orang. Rupa belangkas . Ada apa-apa ke, kau dengan Chef ? " ketawa Atul dengan soalan sahabatnya. "Seriusly, nak juga aku try masuk jarum kat Chef. Tapi tak boleh. Because, seriously aku terpegun pertama kali tengok tunang a.k.a musuh lama Chef yang memang cun-melecun habis. Selalu yang aku keluar hang out dengan chef, maksudnya dia pun join sekali. Gila-gila habis kita orang. Yang aku naik merangkap jadi PA dia pun sebab Iman suruh jaga-jagakan tunang dia Chef tu. Esok cancel. Postpone dua minggu lagi." jawab Atul. "Kenapa kau kata A.K.A musuh lama Chef ? " tanya Laila musykil. "Ala, story lama. Dulu, time dekat kelas masakan. Si Iman dipaksa join oleh kakak dia. Sebab ? Entah. Dia tak suka turun dapur. Bila Chef suruh dia buat ni, dia buat bodoh saja. Itu tak apa lagi, yang tak boleh tahan, dia suka kacau Chef, time Chef mengajar. Masing-masing asyik berjumpa gaduh, lama-lama timbul juga sayang. Chef berani pergi jumpa Papa Iman dan bertunang akhirnya.  Tahun depan, dijemput ke kenduri mereka. Tarikh akan diberitahu." cerita Atul.

Keesokan harinya, Laila dan Atul pergi ke Teluk Batik dengan memandu kereta Myvi kuning yang comel. Tengoklah tuan kereta dia siapa ? Kelihatan bot abangnya yang cantik dan berkilat dari jauh. Mereka menuju ke bot itu. Terdapat 3 jejaka diatas bot itu, sedang membersihkan bot dan memeriksa alat-alat dan juga enjin bot. "Hai, Abang Q, Afiq, Haziq. How the business ?" "Tak ramai pengunjung lagi, masih awal." kata Qayyum melihat jam di tangan yang menunjukkan jarum jam pendek di 10. "Mula-mula malas juga nak turun ke laut. Tapi selepas kemunculan wajah adik-adik comel, menaikkan semangat Abang Haziq untuk bekerja. Jika adik berdua ni sudi, Abang Haziq nak bawa tuan puteri bersiar-siar di atas lautan yang kebiruan ini. Sudi ? " "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan. Laila, apa lagi orang dah tawarkan cekup saja lah ya ? " ajak Atul. Mereka berdua dibantu oleh Qayyum untuk nai ke atas bot. Sedang Haziq memandu bot itu, Afiq pula mengambil alih tempat Haziq. "Atul sebelum ini kerja apa ye ? "Atul sebelum ini kerja sebagai ketua chef di Hotel T.R.I.I. di Kuala Lumpur dengan Laila. Tapi, time cuti, kami spend time dengan anak-anak." Atul tersenyum mengingati karenah-karenah anak-anak di Teratak Bonda Az-Zahra. Terselit kerinduannya. "Anak-anak ?!!!!!!" terjerit Afiq dan Haziq. "Pasang telinga juga, Haziq." kata Qayyum. "Bro, suruh Qayyum jaga stereng bot sekejap. Kita soal siasat Atul jap." Mereka makin rapat dengan Atul. Gerun Atul dibuatnya, takut diapa-apakan. Nasib baik abangnya sempat, mencampak pelampung kecemasan kena kepala mamat-mamat cedoi tu. "Kenapa dengan anak-anak ? Salah ke ?" "Kenapa Atul tak jujur saja dengan abang berdua ni, yang Atul janda. Suami Atul past away ke ? Past away, matikan ? Lantaklah. Ataupun dia lelaki tak guna tinggalkan Atul sebab perempuan lain ? Tega dia meninggalkan seorang isteri yang cantik dan comel seperti Diana Amir. Kalau abang dapat Atul akan Abang Afiq jaga, kasih dan sayang dengan sepenuh hati."  "Jangan percaya cakap Abang Afiq tu. Anak Atul ada berapa ? Jangan risau, Abang Haziq akan jaga, kasih dan didik anak-anak Atul seperti anak Abang Haziq sendiri." Haziq, tukang menyampuk. Qayyum, Laila dan Atul masing-masing dah ketawa gelak sakan. "Kenapa ketawa ? Aku serius ni." "Haziq, Afiq kau buat lawak. Adik aku jadi sukarelawan dekat rumah kebajikan anak-anak yatim Teratak Bonda Az-Zahra. Itu pasal lah aku gelak. Anak-anak kecil disan dah Atul anggap macam anak dan adik sendiri. Tadi kau orang cakap apa, nak kahwin dengan adik aku ? Memang tak lah, dia dah ada tunang dah pun." kata Qayyum membuat ketawa Atul berhenti. Qayyum tahu dia sudah tersilap bicara. "Haziq, jomlah gerak" Laila bersuara.

No comments:

Post a Comment