Saturday 7 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB6

"Atul, macam tak masak dengan perangai Lesya. Bersabar sahajalah ya." kata Qayyum yang tidak tahu macam mana nak legakan dan tenangkan hati adiknya. Atul kuat di depan abangnya, dia tidak menangis . Malah, dia boleh bergurau lagi dengan abangnya bergelak ketawa."Abang Q, penat adik cerita. Satu air pun abang tak hidangkan kat kami. Segelas air putih pun cukup apa." "Pergilah dapur sendiri. Buat macam rumah sendiri. Kamu berdua tanam anggur ke kat rumah abang ?" "Jangan risaukan kami. Kami akan pergi cari kerja esok atau lusa atau tulat. Adik dengan Laila naik bilik dulu ya." 'Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati Reykal untuk mencintai adikku. Kau berikanlah hidup adikku penuh kebahagiaan dan keceriaan. Kuatkanlah jodoh mereka, jika itu yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Aminn' Qayyum berdoa didalam hati. Malam itu, masing-masing dibuai mimpi indah.

Keletang keletung bunyi sudip dengan kuali berlaga. Mengejutkan Qayyum yang enak tidur. Qayyum menuju ke dapur. "Rajinnya masak. Buat sarapan apa, adik ?" "Biasa je. Kuey tiow goreng. Chop, chop. Sebelum nak makan, abang pergi basuh dulu muka abang yang masam tu, atau rajin pun pergilah mandi. Bau kambing." kata Atul menutup hidung, niat ingin bergurau dengan abangnya. Sedang mereka makan sambil berbual tentang masing-masing. Loceng rumah berbunyi. "Siapa pula datang pagi-pagi ni ? Abang pergi tengok jap ye." Bunyi bising riuh di depan, menarik perhatian Atul dan Laila. Masing-masing tertanya. Manalah tahu, buatnya ibu dengan abah datang sini ke cari dia ataupun Reykal ke. "Eh Q, kau masak apa pagi-pagi ni ? Sedap je baunya. Macam tahu-tahu je kami berdua ni lapar." Suara riuh itu semakin dekat ke dapur. "Bro, kenalkan adik aku, Atul dan ini kawan dia, Laila." mengenalkan adiknya kepada rakan-rakannya. Lelaki memang pantang jumpa perempuan comel. Mulalah nak pasang ayat bunga dia, apa ingat macho sangat. "Kau ada adik tak pernah pun bagitahu, selama ni frame yang ada gambar perempuan tu. Adik kau rupanya. Kau cakap kat aku haritu, kekasih hati kau. Single ke ?" Ulat bulu dah naik daun. "Adik aku adalah kekasih hati aku, pengarang jantung aku plus buah hati aku. Dah-dah lah tu. Jom jemput makan." "Laila, Atul ini abang nak kenalkan sahabat sejati abang di sini. Yang selalu lepak dengan abang, yang banyak tolong abang. Ni lah, mamat dua orang ni. Yang macam rupa akim ni nama dia Afiq dan yang rupa macam aiman cerita vanilla coklat ni Haziq. Untuk pengetahuan kau orang, adik-adik aku ni masing-masing dah ada prince charming." Qayyum tidak ceritakan kepada rakan-rakannya tentang hubungan pertunangan adiknya yang sudah lerai. Di dalam hatinya ada seribu keyakinan bahawa, Atul dan Reykal mempunyai jodoh yang kuat. Cuma, kehadiran adik  bongsu mereka, mencacatkan perjalanan percintaan mereka. Atul dari kecil lagi mempunyai sifat yang mementingkan orang lain sebelum dirinya. Adiknya itu, sering memuaskan hati untuk orang lain tapi yang adiknya dapat hanyalah sindiran, pukulan dan kemarahan.

Dia ingat lagi ketika waktu sekolah rendah, mereka pulang ke rumah berjalan kaki. Hujan tiba-tiba turun. Waktu itu Qayyum darjah 6, Atul darjah 5 dan Lesya darjah 3. Mereka bertiga duduk dibawah tempat menunggu bas yang berbumbung. Atul sudah menegah Lesya untuk bermain hujan kerana, ibu pasti marah jika baju sekolah kotor. Lesya tidah mengendahkan, Qayyum menarik Lesya untuk duduk menunggu hujan berhenti. Tapi Lesya degil kembali bermain hujan. Untuk mengelakkan Lesya dimarahi ibu, Atul turut membasahkan bajunya dengan bermandikan air hujan. Hujan akhirnya berhenti mereka berjalan pulang kerumah. Sampai sahaja di depan rumah, ibu sudah tunggu anak-anaknya pulang ke rumah. Wajah ibu kerisauan. Tiba-tiba "Atul, Lesya kenapa baju basah. Kamu main hujan ya. Qayyum, kamu tak tengokkan adik-adik kamu ke ? Kalau Lesya demam macam mana ?" Ibu marah. "Ibu, jangan salahkan Abang Q dan Lesya. Atul yang salah, Atul ajak Lesya main air hujan. Abang Q dah suruh tunggu kat bus stop, tapi Atul main juga." kata Atul tak mahu abang dan adiknya dimarah dan dipukul ibu. Lesya hanya menunduk sahaja, tak mengaku. Lesya takut jika dia yang akan kena, maka dia mendiamkan diri. Qayyum pula ingin menyampuk mengatakan kenyataan itu salah. Tapi, ibu sudah mengarahkan dia membawa Lesya ke bilik untuk menukar baju. "Atul, ibu dah pesan banyak kali. Jangan ajar adik bukan-bukan. Kalau Lesya demam macam mana ? Siapa nak jaga ? Kamu ? Siapa nak beli ubat ? Kamu. Ibu dengan Abah juga kena buat semua ni. Atul kenapa suka susahkan ibu ?" kata Ibu dengan suara yang agak tinggi. Adiknya tidak menangis atau memberi penjelasan yang benar. Malah, dia merelakan dirinya dipukul ibu. Qayyum hanya mampu duduk di tangga melihat adiknya yang kesakitan dipukul ibu. Kesan pukulan rotan ibu berbekas di kaki adiknya. Malam itu, waktu Abah pulang Qayyum memberitahukan kepada Abah. Abah bergegas menukar baju dan melihat keadaan anak gadis kesayangannya. Abah menyapu minyak di kesan-kesan merah itu, Atul menangis di dalam pelukan Abah.

"Abang Q ! Abang Q ! Termenungkan apa tu ?" panggilan Atul menyedarkan Qayyum. Dia terlalu asyik dengan mengimbau memori lama. Kesian kat kawan abang ni. Abang temanlah diorang makan. Adik dengan Laila nak keluar sekejap. Mungki dalam pukul 5.30 petang kitaorang balik." "Dari pukul 9.30 pagi sampai ke 5.30 petang, kamu kata sekejap. Apalah yang kamu rancangkan. Jangan merayap jauh-jauh pula. Ada apa-apa call abang." Atul dan Laila menyalami Qayyum dan terus berlalu pergi. Afiq dan Haziq melambai-lambai tangan. "Q, kenapa kawan adik kau, Laila salam tangan kau. Bukan kau orang bukan mahram ke ?" soal Haziq.


No comments:

Post a Comment