Monday 9 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB8

Pada hari in, mereka bersiap untuk memulakan kerja pertam mereka di Lumut sebagai salah satu ahli di
Hotel Lovely Garden. Mereka tidak sangka bahawa mereka dapat peluang untuk bekerja di hotel itu. Atul terus menuju ke dapur hotel untuk melaporkan diri kepada ketua Chef disitu iaitu Chef Aisy. Chef Aisy merupakan adik ipar pemilik hotel itu dan sebaya dengan abangnya mungkin. Laila, melaporkan diri kepada pengurus hotel iaitu Datuk Amir Asyraf dan senang dikenali dan dipanggil sebagai Pak Amir. "Chef Aisy, saya Qaseh Atul akan memegang jawatan sebagai pembantu Chef Aisy. Selamat berkenalan." semangat Atul mngenalkan diri kepada chef yang bergaya itu. Muka iras-iras Akim AF5. "Hari ini awak ditugaskan memotong sayur-sayur yang ada kat atas singki tu. And please make sure that your place is clean." Arah Chef Aisy menunjukkan 3 bakul sayur yang ada di atas singki panjang itu. Atul terus melakukan kerja seperti yang diarahkan oleh ketuanya. Semoga pekerjaannya dapat menyibukkan diri dan harinya tanpa mengingatkan tentang Reykal.

Di Kuala Lumpur, di dalam sebuah bilik yang dingin. Reykal tertekan dengan perancangan gila Ummi. Dia keliru. Ingin sahaja dia menyakitkan hati dan mencemburukan Atul dengan menerima idea gila Ummi. Tapi, hati tak sanggup untuk melukai hati bekas tunangnya yang masih dia cintai. "Kenapa,Atul ?!!! Kenapa buat Reykal sampai jadi gila macam ni ? Kenapa, sayang ?" jerit Reykal di biliknnya itu. Pintu yang diserbu dari luar tanpa salam mengejutkan Reykal, lantas menyebabkan kerusinya terbalik ke belakang. "Reykal, kau setuju ke cadangan Ummi ?" kelam kabut Remy bertanya. Remy tak nak beriparkan Lesya, tetapi sahabat kekasihnya sudah tekad. Dia ingat apabila adiknya Reykal dan Atul berkahwin dia ingin mengenalkan Laila kepada Ummi dan Abi. Tapi, malang tidak berbau, Atul sudah memutuskan tali pertunangan. "Entahlah, aku tertekan. Aku tak sangka pula, bahawa Atul boleh jadi perempuan yang murah cintanya. Suka-suka putuskan pertunangan tengah-tengah jalan. Entah-entah lelaki itu dah rasa badan dia, itu pasal dia putuskan pertunangan. Malu dengan aku. Dasar perempuan murah. Cepat sahaja dia menjumpa pengganti. Dulu time Ummi tak terima dia, dia pujuk Abah suruh Abi pujuk Ummi untuk setuju hubungan kami. Tapi, bila dah dapat. Dia buang aku macam tu saja. Dia kejam ! Aku cintakan dia sepenuh hati aku." luah Reyka kepada abangnya. "Adik ! Mulut jaga. Atul bukan perempuan yang murah hati dan perempuan murah. Kau sendiri kenal dia, sanggup kau tuduh dia bukan-bukan. For you information, Tengku Reykal Iskandar bin Tengku Ashraf Meor, she not cruel. But the cruel now is you,  aku rasa kau akan menyesal kalau kau tahu apa sebabnya dia buat semua ni. Apapun, kalau kau betul maksudkan kata-kata kau yang Atul seorang yang tak setia, mudah berubah hati, kau terima cadangan Ummi. Aku cabar kau." marah Remy. "Ok fine ! Aku call Ummi sekarang. Sebab start aku setuju idea Ummi, aku akan tawar hati terhadap dia dan akan lupakan dia." Reykal yang sedang dalam mood tak stabil membuat tindakan bodoh dengan call Ummi and say YES. Sebelum Remy keluar dia berkata "Now I realise that she right to make you get out from her life. Aku keluar dulu. Jangan cari aku, bila kau sedar yang tindakan kau tadi sesuatu yang bodoh pernah kau lakukan." hentakan pintu yang agak kuat mengejutkan staf-staf diaras itu. 

"Apa aku dah buat ni ?" tanya Reykal pada dirinya sendiri. Dia masih lagi dibawah meja dengan kerusi yang terbalik tadi. Remy yang berjalan di lobi hotel T.R.I.I. terkumat-kamit bibirnya bercakap perlahan sendiri. Dia sebenarnya tak berniat untuk mencabar adiknya sehinnga begitu, tetapi dia sudah berjanji untuk memuktamadkan jawapan Reykal. Berjanji dengan Ummi, antara Atul atau Ummi. Pening kepala dibuatnya.

No comments:

Post a Comment