Friday 6 September 2013

Pengobanan Cinta BAB5

"Kau nak pergi mana pack baju banyak-banyak ni ? Kau janganlah tinggalkan aku. Kau janganlah sedih, aku faham apa yang tersirat dalam hati kau. Aku ada, aku lihat dan tahu semuanya." pujuk Laila. "Lai, kau kata  kau faham ?! Apa yang kau faham ?! Kau bukan ada di posisi aku ? Kau tak faham, macam ibu juga, tak pernah faham aku dan tak akan faham aku. Tapi, at least kau ada ketika aku hadapi semua ni." Jerit Atul pada Laila, marah dan kesal. "Atul, jangan macam ni. Maafkan aku. Tapi sahabat, kita sebagai manusia tak boleh pendam semuanya didalam hati, kau kena luahkan agar ringan semuanya. Tak kiralah cara apa pun. Kalau kau tak boleh luahkan kat aku, kau boleh luahkan pada Allah yang sentiasa ada setiap masa. "Ibu biasalah. Lepas ini, aku yakin bahawa ibu pasti akan suruh Lesya gantikan aku, dan Ummi akan setuju sangat-sangat. Aku nak telefon Abah, nak luahkan segalanya, tapi aku malu. Malu berdepan dengan Abah yang sudah banyak tolong semasa aku ingin bertunang dengan Reykal. Aku ingat lagi, aku suruh Abah sengkokol dengan Abi untuk pujuk Ummi dan Ibu untuk terima hubungan percintaan kami. Tapi, sekarang, untuk adik aku, aku sanggup lupakan jasa Abah dan Abi." Atul tersenyum pahit bercerita kepada Laila. "Atul, please jangan cakap macam tu. Aku kenal Abah dan Abah sangat sayang kau dan juga Abah akan faham. One more thing, how about abang kau ? Dia tahu tak ?" Tanya Laila. Atul menggeleng.

"Kau bagi aku satu idea. Kau nak ikut tak ? Aku cadang, aku nak pindah Lumut. Duduk rumah Abang Q. Itu lebih baik daripada berjumpa dengan Reykal hari-hari di hotel." Atul sudah merencanakan sesuatu. "Aku ikut. Tapi aku kena bagitahu Remy dulu." Selepas selesai packing barang-barang Atul. Mereka menuju ke apartment Laila untuk mengambil barang Laila pula. Seterusnya, mereka meneruskan perjalanan mereka ke Lumut, Perak yang memakan masa 2 jam. Tepat 8 malam, mereka tiba di depan rumah Qayyum. Qayyum Amir bekerja sebagai pemandu bot disana dan mempunyai sebuah rumah teres di Lumut. "Assalammualaikum, Abang Q." Laung Atul. "Waalaikummussalam. Cik berdua ni siapa ? Nak cari siapa ? Maaflah, rumah ni hanya saya seorang sahaja, tiada perempuan." "Abang Q ! Ni Atul lah dan yang ni Laila. Atul nak pindah masuk rumah abang, boleh ?" Tanya Atul dengan membuat memek muka yang comel. "Laaaa. Kau ke adik ? Aku ingatkan perempuan manalah tadi. Tetiba je muncul depan rumah. Kau kenapa datang sini ?" "Ya Allah, Abang Q. Kami baru saja sampai. Bagi kami masuk dalam rumah dulu, boleh ? Bukannya tak boleh nak berbual kat dalam." Qayyum ketawa sedar bahawa dia seperti polis pencen menyoal suspek. Tak menyempat. Qaseh Atul dan Qayyum Amir sangat rapat. Abangnya sudah menetap disitu selama 2 tahun. 

"Nasib kau orang berdua memang baik sebab selalunya kawan-kawan abang lepak kat sini. Tapi hari ni tak ada. Kalau mereka ada, tak ke kau orang kena bermalam kat hotel. Banyak-banyak beg ni, kau orang sengaja melawat ke, atau ada hal kerja yang lama." Pelik Qayyum melihat barang-barang Atul dan Laila. "Adik dan Laila akan menetap disini, selama mana yang kami mahu. Harap tiada bantahan daripada pihak yang berbahagi tuan hakim Qayyum." Bergurau senda dengan abangnya. "Tapi, kenapa ?" Bingung Qayyum, dari lihat keadaan adiknya seperti serius. Tapi bukan boleh percaya pun, Atul suka mengenakannya. Atul yang melihat wajah abangnya yang seperti tunggul kayu, lalu menceritakan apa yang berlaku dan kenapa dia berada disitu. 


No comments:

Post a Comment