Friday 13 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB10

Sebelum sempat Haziq memegang stereng bot. Atul bertindak pantas dengan memandu bot itu dengan laju sekali. Penumpang di belakang tidak sempat memegang apa-apa untuk menahan diri mereka. Tergolek mereka dibuatnya.  Atul perlu diberhentikan sebelum sesiapa terjatuh ke dalam laut. "Atul Qaseh binti Zul Malik !!! Stop this boat !!" jerit Qayyum. Atul menekan break menyebabkan semua terdorong ke depan. Qayyum terus memeluk adiknya, bagi menenangkan Atul. "Abang Q, Atul tak kuat ! Atul sakit ! Atul tak sanggup." luah Atul di dakapan abangnya. "Maafkan abang. Maafkan abang." pujuk Qayyum. Afiq terus saja mengemudi bot itu balik ke pantai. Takut perkara yang baru lepas berlaku akan berlaku semula.

Qayyum, Laila dan Atul berjalan-jalan menyusuri sisi pantai. Melihat keindahan laut, keriangan kanak-kanak bermain-main dan bermandi-manda di pantai dan juga keluarga yang bergurau senda dan bergelak ketawa.  "Atul, masih marahkan abang Q ke ?" "Tak adalah. Atul yang sepetutnya minta maaf sebab buat aksi gila tengah-tengah laut tadi. Sampaikan maaf Atul kepada Afiq dan Haziq." Tika bila mereka bergerak ingin menuju ke gerai makan, Atul secara tidak sengaja melanggar seseorang. Akibat tidak dapat mengimbangi badannya, dia terjatuh tertimpa badan lelaki itu. Merah muka Atul dibuatnya, dia pantas berdiri dan Qayyum cuba membantu lelaki itu bangun. "Saya minta maaf bagi pihak adik saya. Saya Qayyum, Encik ?" Qayyum perkenalkan diri kepada lelaki yang wajahnya ditutupi oleh topi itu. "Tak apa. Saya Tengku Reykal Iskandar bin Tengku Megat. Bekas tunang Atul." Lelaki itu membuka topinya. Tidak sangka, wajah disebalik topi itu, adalah Reykal. "Kau buat apa kat sini ? Macam mana kau tahu Atul disini ?" tanya Laila.. "Aku ada kat sini atas urusan kerja. I'm not looking for her. I have Lesya, my lovely fiance. Lesya will become my wife. Lesya setia tunggu aku, dia dari kecil lagi suka dekat aku, tapi aku endahkan dia saja, sebab aku ingatkan pilihan aku yang pertama akan kekal selamanya. Tapi aku bodoh sebab tak tahu mana satu kaca dan mana satu permata." "Yes,you right, Mr. Reykal. You just make a wrong decision when you choose me. Alhamdulillah, Reykal sedar sekarang. Congrulation, for both of you. I'm sorry I need to leave. Dan jangan lupa bagi bracelet QARI pada Lesya sebagai hadiah saya." kata Atul dengan menahan semua sebak di dada. Qayyum yang hendak melawan balik kata Reykal, terbantut apabila tangannya ditarik Atul dan Laila mengekori mereka.

 'Maafkan saya. Tolonglah kembali pada saya, Atul. Biarlah hanya kita berdua saja yang meniti bahagia diatas muka bumi Allah ini. Saya tak nak Lesya jadi pengganti, saya hanya ingin awak menjadi milik saya. Atul !!!' jerit hati Reykal berdiri disitu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... Tanggung sendiri. 

Thursday 12 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB9



"Penatny, Lai. Laila, esok kita ikut Abang Q pergi kerja nak tak ? Lama tak lepak kat Teluk Batik." Dah 3 bulan mereka bekerja di Hotel Lovely Garden. Tak sangka masa, berlalu dengan pantas. "Aku ok je. Lagipun, esok bukan kerja pun. Aku dengar esok ada meeting dan kau join sekali kan ? Maklumlah, sejak naik pangkat jadi PA peribadi dia ni, semaki rapat pula kau orang. Rupa belangkas . Ada apa-apa ke, kau dengan Chef ? " ketawa Atul dengan soalan sahabatnya. "Seriusly, nak juga aku try masuk jarum kat Chef. Tapi tak boleh. Because, seriously aku terpegun pertama kali tengok tunang a.k.a musuh lama Chef yang memang cun-melecun habis. Selalu yang aku keluar hang out dengan chef, maksudnya dia pun join sekali. Gila-gila habis kita orang. Yang aku naik merangkap jadi PA dia pun sebab Iman suruh jaga-jagakan tunang dia Chef tu. Esok cancel. Postpone dua minggu lagi." jawab Atul. "Kenapa kau kata A.K.A musuh lama Chef ? " tanya Laila musykil. "Ala, story lama. Dulu, time dekat kelas masakan. Si Iman dipaksa join oleh kakak dia. Sebab ? Entah. Dia tak suka turun dapur. Bila Chef suruh dia buat ni, dia buat bodoh saja. Itu tak apa lagi, yang tak boleh tahan, dia suka kacau Chef, time Chef mengajar. Masing-masing asyik berjumpa gaduh, lama-lama timbul juga sayang. Chef berani pergi jumpa Papa Iman dan bertunang akhirnya.  Tahun depan, dijemput ke kenduri mereka. Tarikh akan diberitahu." cerita Atul.

Keesokan harinya, Laila dan Atul pergi ke Teluk Batik dengan memandu kereta Myvi kuning yang comel. Tengoklah tuan kereta dia siapa ? Kelihatan bot abangnya yang cantik dan berkilat dari jauh. Mereka menuju ke bot itu. Terdapat 3 jejaka diatas bot itu, sedang membersihkan bot dan memeriksa alat-alat dan juga enjin bot. "Hai, Abang Q, Afiq, Haziq. How the business ?" "Tak ramai pengunjung lagi, masih awal." kata Qayyum melihat jam di tangan yang menunjukkan jarum jam pendek di 10. "Mula-mula malas juga nak turun ke laut. Tapi selepas kemunculan wajah adik-adik comel, menaikkan semangat Abang Haziq untuk bekerja. Jika adik berdua ni sudi, Abang Haziq nak bawa tuan puteri bersiar-siar di atas lautan yang kebiruan ini. Sudi ? " "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan. Laila, apa lagi orang dah tawarkan cekup saja lah ya ? " ajak Atul. Mereka berdua dibantu oleh Qayyum untuk nai ke atas bot. Sedang Haziq memandu bot itu, Afiq pula mengambil alih tempat Haziq. "Atul sebelum ini kerja apa ye ? "Atul sebelum ini kerja sebagai ketua chef di Hotel T.R.I.I. di Kuala Lumpur dengan Laila. Tapi, time cuti, kami spend time dengan anak-anak." Atul tersenyum mengingati karenah-karenah anak-anak di Teratak Bonda Az-Zahra. Terselit kerinduannya. "Anak-anak ?!!!!!!" terjerit Afiq dan Haziq. "Pasang telinga juga, Haziq." kata Qayyum. "Bro, suruh Qayyum jaga stereng bot sekejap. Kita soal siasat Atul jap." Mereka makin rapat dengan Atul. Gerun Atul dibuatnya, takut diapa-apakan. Nasib baik abangnya sempat, mencampak pelampung kecemasan kena kepala mamat-mamat cedoi tu. "Kenapa dengan anak-anak ? Salah ke ?" "Kenapa Atul tak jujur saja dengan abang berdua ni, yang Atul janda. Suami Atul past away ke ? Past away, matikan ? Lantaklah. Ataupun dia lelaki tak guna tinggalkan Atul sebab perempuan lain ? Tega dia meninggalkan seorang isteri yang cantik dan comel seperti Diana Amir. Kalau abang dapat Atul akan Abang Afiq jaga, kasih dan sayang dengan sepenuh hati."  "Jangan percaya cakap Abang Afiq tu. Anak Atul ada berapa ? Jangan risau, Abang Haziq akan jaga, kasih dan didik anak-anak Atul seperti anak Abang Haziq sendiri." Haziq, tukang menyampuk. Qayyum, Laila dan Atul masing-masing dah ketawa gelak sakan. "Kenapa ketawa ? Aku serius ni." "Haziq, Afiq kau buat lawak. Adik aku jadi sukarelawan dekat rumah kebajikan anak-anak yatim Teratak Bonda Az-Zahra. Itu pasal lah aku gelak. Anak-anak kecil disan dah Atul anggap macam anak dan adik sendiri. Tadi kau orang cakap apa, nak kahwin dengan adik aku ? Memang tak lah, dia dah ada tunang dah pun." kata Qayyum membuat ketawa Atul berhenti. Qayyum tahu dia sudah tersilap bicara. "Haziq, jomlah gerak" Laila bersuara.

Wednesday 11 September 2013

Pendapat Yang Ingin Diminta Dari Pembaca

ASSALAMMUALAIKUM ,
Atul Aisy, ingin meminta pendapat. Patutkah, saya menghantar karya saya di Penulisan2u ??? Sila tinggal kan komen anda.. Terima Kasih...

Monday 9 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB8

Pada hari in, mereka bersiap untuk memulakan kerja pertam mereka di Lumut sebagai salah satu ahli di
Hotel Lovely Garden. Mereka tidak sangka bahawa mereka dapat peluang untuk bekerja di hotel itu. Atul terus menuju ke dapur hotel untuk melaporkan diri kepada ketua Chef disitu iaitu Chef Aisy. Chef Aisy merupakan adik ipar pemilik hotel itu dan sebaya dengan abangnya mungkin. Laila, melaporkan diri kepada pengurus hotel iaitu Datuk Amir Asyraf dan senang dikenali dan dipanggil sebagai Pak Amir. "Chef Aisy, saya Qaseh Atul akan memegang jawatan sebagai pembantu Chef Aisy. Selamat berkenalan." semangat Atul mngenalkan diri kepada chef yang bergaya itu. Muka iras-iras Akim AF5. "Hari ini awak ditugaskan memotong sayur-sayur yang ada kat atas singki tu. And please make sure that your place is clean." Arah Chef Aisy menunjukkan 3 bakul sayur yang ada di atas singki panjang itu. Atul terus melakukan kerja seperti yang diarahkan oleh ketuanya. Semoga pekerjaannya dapat menyibukkan diri dan harinya tanpa mengingatkan tentang Reykal.

Di Kuala Lumpur, di dalam sebuah bilik yang dingin. Reykal tertekan dengan perancangan gila Ummi. Dia keliru. Ingin sahaja dia menyakitkan hati dan mencemburukan Atul dengan menerima idea gila Ummi. Tapi, hati tak sanggup untuk melukai hati bekas tunangnya yang masih dia cintai. "Kenapa,Atul ?!!! Kenapa buat Reykal sampai jadi gila macam ni ? Kenapa, sayang ?" jerit Reykal di biliknnya itu. Pintu yang diserbu dari luar tanpa salam mengejutkan Reykal, lantas menyebabkan kerusinya terbalik ke belakang. "Reykal, kau setuju ke cadangan Ummi ?" kelam kabut Remy bertanya. Remy tak nak beriparkan Lesya, tetapi sahabat kekasihnya sudah tekad. Dia ingat apabila adiknya Reykal dan Atul berkahwin dia ingin mengenalkan Laila kepada Ummi dan Abi. Tapi, malang tidak berbau, Atul sudah memutuskan tali pertunangan. "Entahlah, aku tertekan. Aku tak sangka pula, bahawa Atul boleh jadi perempuan yang murah cintanya. Suka-suka putuskan pertunangan tengah-tengah jalan. Entah-entah lelaki itu dah rasa badan dia, itu pasal dia putuskan pertunangan. Malu dengan aku. Dasar perempuan murah. Cepat sahaja dia menjumpa pengganti. Dulu time Ummi tak terima dia, dia pujuk Abah suruh Abi pujuk Ummi untuk setuju hubungan kami. Tapi, bila dah dapat. Dia buang aku macam tu saja. Dia kejam ! Aku cintakan dia sepenuh hati aku." luah Reyka kepada abangnya. "Adik ! Mulut jaga. Atul bukan perempuan yang murah hati dan perempuan murah. Kau sendiri kenal dia, sanggup kau tuduh dia bukan-bukan. For you information, Tengku Reykal Iskandar bin Tengku Ashraf Meor, she not cruel. But the cruel now is you,  aku rasa kau akan menyesal kalau kau tahu apa sebabnya dia buat semua ni. Apapun, kalau kau betul maksudkan kata-kata kau yang Atul seorang yang tak setia, mudah berubah hati, kau terima cadangan Ummi. Aku cabar kau." marah Remy. "Ok fine ! Aku call Ummi sekarang. Sebab start aku setuju idea Ummi, aku akan tawar hati terhadap dia dan akan lupakan dia." Reykal yang sedang dalam mood tak stabil membuat tindakan bodoh dengan call Ummi and say YES. Sebelum Remy keluar dia berkata "Now I realise that she right to make you get out from her life. Aku keluar dulu. Jangan cari aku, bila kau sedar yang tindakan kau tadi sesuatu yang bodoh pernah kau lakukan." hentakan pintu yang agak kuat mengejutkan staf-staf diaras itu. 

"Apa aku dah buat ni ?" tanya Reykal pada dirinya sendiri. Dia masih lagi dibawah meja dengan kerusi yang terbalik tadi. Remy yang berjalan di lobi hotel T.R.I.I. terkumat-kamit bibirnya bercakap perlahan sendiri. Dia sebenarnya tak berniat untuk mencabar adiknya sehinnga begitu, tetapi dia sudah berjanji untuk memuktamadkan jawapan Reykal. Berjanji dengan Ummi, antara Atul atau Ummi. Pening kepala dibuatnya.

Saturday 7 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB7

"Lupa pula nak bagitahu kau berdua. Laila tu adik susuan aku. Time dia kecik, Ummi dia sibuk tolong Abi dengan bisnes, jadinya Ummi hantarlah Laila kat rumah aku. Hari kelahiran Atul dan Laila berdekatan so.. Ibu aku ibu susuan dia dan aku abang susuan dia. Ada faham ?" Terang Qayyum.

"Wah.. Tenangnya. Angin laut, bestnya. Macam cerita Titanic pula. Hilang semua tekanan. Laila, jom kita bisik kat angin." cadang Atul. "Ok. 1, 2, 3." "Wahai angin, bawalah semua masalah ku pergi. Bawa ia pergi jauh dariku." bisik Atul pada angin. "Apa yang kau bisikkan ?" tanya Atul pada Laila. Senyum Laila disakat oleh Atul. "Atul, kita nak kerja apa ? Apa kerja yang boleh kita buat kat sini ?" Laila tukar topik. "Kita kerja kat hotel je. Senang, gaji pun masyhuk." "Atul, sanggup kau buat kerja terkutuk tu. Kita ni bukan desperate. Aku sayang Remy tau. Reykal tak ada, tak semestinya kau nak buat kerja bodoh ni. Ya Allah, terangilah hati kawan ku. Putihkan semula hatinya." "Aduh, sakitlah kepala aku." "Tahu kau sakit. Lai, kalau aku cakap kau bodoh kau marah, kalau aku cakap tak ada akal, ada. Tapi, tak nak guna. Maksud aku, kita minta kerja kat hotel tu. Jadi, housekeeping ke, pembantu chef ke, atau pun steward ataupun receptionist." Tergelak Laila apabila dia sedar dia tersalah faham dengan maksud 'hotel'. Atul pun turut ketawa. Pengunjung-pengunjung disitu tersenyum melihat kemesraan persahabatan mereka.

"Abang Q, kita orang dah dapat kerja dah. Hotel Lovely Garden, Atul dapat jadi pembantu chef dan Laila dapat jadi receptionist. Sebab ada pengalaman dulu kat Hotel T. R. I. I. (Tengku.Reykal.Iskandar/Irfan). Dekat juga dengan tempat kerja abang. Boleh kan ?" Qayyum mengangguk tanda izin. Atul peluk abangnya erat. Telefon Atul bergetar, dia menjawab. "Ada apa, Bah ? Abah, tak sihat ke ?" "Atul jangan risaukan Abah. Anak Abah baik-baik sahaja kan ? Abah tahu anak abah seorang ni tabah orangnya. Atul tahu tentang Reykal dengan Lesya ?" tanya Abah lembut. "Kenapa dengan Reykal ? Ada apa-apa yang berlaku ke ?" terselit kerisauan di hati Atul. Walaupun, mereka sudah putuskan pertunangan tapi sayang itu ada. "Abah, harap kamu sabar. Ibu dan Ummi da berbincang tentang Lesya dan Reykal. Kenduri akan diadakan hujung tahun ni. Kamu tak nak bantah ke ?" "Tak apa, Bah. Atul tahu, Atul redha. Jodoh kami tak panjang. Maafkan Atul melukan Abah." "Kamu tak jumpa lelaki lain kan ? Kamu cintakan Reykal ? Kamu rindukan dia kan ?" Ayah mana yang sanggup melihat anaknya terluka. Tapi apakan daya yang dia ada untuk lakukan. Jika itu keputusan anaknya, dia redha dan mendoakan apa yang terbaik sahaja untuk anaknya. "Alhamdulillah, akhirnya Lesya dapat juga Reykal kan, Abah ? Abah, Atul minta diri dulu. Nak tunaikan solat Asar." Salam dijawab, jatuh air matanya. 'Atul tabah ! Atul kuat ! Atul jangan menangis ! Atul senyum ! Apa yang berlaku ada hikmahnya, Atul.' bisik hatinya memberi kekuatan. "Atul....." belum sempat Laila ingin bercakap, Qayyum menghalang. "Berikan dia masa. Nanti-nanti lah kita tanya."

Asar sudah berlalu, Magrib juga begitu. Tapi kelibat Atul tiada. Dia mengurungkan dirinya sendiri di dalam bilik. Alunan ayat suci Al-Quran didengari dari bilik Atul.

Pengorbanan Cinta BAB6

"Atul, macam tak masak dengan perangai Lesya. Bersabar sahajalah ya." kata Qayyum yang tidak tahu macam mana nak legakan dan tenangkan hati adiknya. Atul kuat di depan abangnya, dia tidak menangis . Malah, dia boleh bergurau lagi dengan abangnya bergelak ketawa."Abang Q, penat adik cerita. Satu air pun abang tak hidangkan kat kami. Segelas air putih pun cukup apa." "Pergilah dapur sendiri. Buat macam rumah sendiri. Kamu berdua tanam anggur ke kat rumah abang ?" "Jangan risaukan kami. Kami akan pergi cari kerja esok atau lusa atau tulat. Adik dengan Laila naik bilik dulu ya." 'Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati Reykal untuk mencintai adikku. Kau berikanlah hidup adikku penuh kebahagiaan dan keceriaan. Kuatkanlah jodoh mereka, jika itu yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Aminn' Qayyum berdoa didalam hati. Malam itu, masing-masing dibuai mimpi indah.

Keletang keletung bunyi sudip dengan kuali berlaga. Mengejutkan Qayyum yang enak tidur. Qayyum menuju ke dapur. "Rajinnya masak. Buat sarapan apa, adik ?" "Biasa je. Kuey tiow goreng. Chop, chop. Sebelum nak makan, abang pergi basuh dulu muka abang yang masam tu, atau rajin pun pergilah mandi. Bau kambing." kata Atul menutup hidung, niat ingin bergurau dengan abangnya. Sedang mereka makan sambil berbual tentang masing-masing. Loceng rumah berbunyi. "Siapa pula datang pagi-pagi ni ? Abang pergi tengok jap ye." Bunyi bising riuh di depan, menarik perhatian Atul dan Laila. Masing-masing tertanya. Manalah tahu, buatnya ibu dengan abah datang sini ke cari dia ataupun Reykal ke. "Eh Q, kau masak apa pagi-pagi ni ? Sedap je baunya. Macam tahu-tahu je kami berdua ni lapar." Suara riuh itu semakin dekat ke dapur. "Bro, kenalkan adik aku, Atul dan ini kawan dia, Laila." mengenalkan adiknya kepada rakan-rakannya. Lelaki memang pantang jumpa perempuan comel. Mulalah nak pasang ayat bunga dia, apa ingat macho sangat. "Kau ada adik tak pernah pun bagitahu, selama ni frame yang ada gambar perempuan tu. Adik kau rupanya. Kau cakap kat aku haritu, kekasih hati kau. Single ke ?" Ulat bulu dah naik daun. "Adik aku adalah kekasih hati aku, pengarang jantung aku plus buah hati aku. Dah-dah lah tu. Jom jemput makan." "Laila, Atul ini abang nak kenalkan sahabat sejati abang di sini. Yang selalu lepak dengan abang, yang banyak tolong abang. Ni lah, mamat dua orang ni. Yang macam rupa akim ni nama dia Afiq dan yang rupa macam aiman cerita vanilla coklat ni Haziq. Untuk pengetahuan kau orang, adik-adik aku ni masing-masing dah ada prince charming." Qayyum tidak ceritakan kepada rakan-rakannya tentang hubungan pertunangan adiknya yang sudah lerai. Di dalam hatinya ada seribu keyakinan bahawa, Atul dan Reykal mempunyai jodoh yang kuat. Cuma, kehadiran adik  bongsu mereka, mencacatkan perjalanan percintaan mereka. Atul dari kecil lagi mempunyai sifat yang mementingkan orang lain sebelum dirinya. Adiknya itu, sering memuaskan hati untuk orang lain tapi yang adiknya dapat hanyalah sindiran, pukulan dan kemarahan.

Dia ingat lagi ketika waktu sekolah rendah, mereka pulang ke rumah berjalan kaki. Hujan tiba-tiba turun. Waktu itu Qayyum darjah 6, Atul darjah 5 dan Lesya darjah 3. Mereka bertiga duduk dibawah tempat menunggu bas yang berbumbung. Atul sudah menegah Lesya untuk bermain hujan kerana, ibu pasti marah jika baju sekolah kotor. Lesya tidah mengendahkan, Qayyum menarik Lesya untuk duduk menunggu hujan berhenti. Tapi Lesya degil kembali bermain hujan. Untuk mengelakkan Lesya dimarahi ibu, Atul turut membasahkan bajunya dengan bermandikan air hujan. Hujan akhirnya berhenti mereka berjalan pulang kerumah. Sampai sahaja di depan rumah, ibu sudah tunggu anak-anaknya pulang ke rumah. Wajah ibu kerisauan. Tiba-tiba "Atul, Lesya kenapa baju basah. Kamu main hujan ya. Qayyum, kamu tak tengokkan adik-adik kamu ke ? Kalau Lesya demam macam mana ?" Ibu marah. "Ibu, jangan salahkan Abang Q dan Lesya. Atul yang salah, Atul ajak Lesya main air hujan. Abang Q dah suruh tunggu kat bus stop, tapi Atul main juga." kata Atul tak mahu abang dan adiknya dimarah dan dipukul ibu. Lesya hanya menunduk sahaja, tak mengaku. Lesya takut jika dia yang akan kena, maka dia mendiamkan diri. Qayyum pula ingin menyampuk mengatakan kenyataan itu salah. Tapi, ibu sudah mengarahkan dia membawa Lesya ke bilik untuk menukar baju. "Atul, ibu dah pesan banyak kali. Jangan ajar adik bukan-bukan. Kalau Lesya demam macam mana ? Siapa nak jaga ? Kamu ? Siapa nak beli ubat ? Kamu. Ibu dengan Abah juga kena buat semua ni. Atul kenapa suka susahkan ibu ?" kata Ibu dengan suara yang agak tinggi. Adiknya tidak menangis atau memberi penjelasan yang benar. Malah, dia merelakan dirinya dipukul ibu. Qayyum hanya mampu duduk di tangga melihat adiknya yang kesakitan dipukul ibu. Kesan pukulan rotan ibu berbekas di kaki adiknya. Malam itu, waktu Abah pulang Qayyum memberitahukan kepada Abah. Abah bergegas menukar baju dan melihat keadaan anak gadis kesayangannya. Abah menyapu minyak di kesan-kesan merah itu, Atul menangis di dalam pelukan Abah.

"Abang Q ! Abang Q ! Termenungkan apa tu ?" panggilan Atul menyedarkan Qayyum. Dia terlalu asyik dengan mengimbau memori lama. Kesian kat kawan abang ni. Abang temanlah diorang makan. Adik dengan Laila nak keluar sekejap. Mungki dalam pukul 5.30 petang kitaorang balik." "Dari pukul 9.30 pagi sampai ke 5.30 petang, kamu kata sekejap. Apalah yang kamu rancangkan. Jangan merayap jauh-jauh pula. Ada apa-apa call abang." Atul dan Laila menyalami Qayyum dan terus berlalu pergi. Afiq dan Haziq melambai-lambai tangan. "Q, kenapa kawan adik kau, Laila salam tangan kau. Bukan kau orang bukan mahram ke ?" soal Haziq.


Friday 6 September 2013

Pengobanan Cinta BAB5

"Kau nak pergi mana pack baju banyak-banyak ni ? Kau janganlah tinggalkan aku. Kau janganlah sedih, aku faham apa yang tersirat dalam hati kau. Aku ada, aku lihat dan tahu semuanya." pujuk Laila. "Lai, kau kata  kau faham ?! Apa yang kau faham ?! Kau bukan ada di posisi aku ? Kau tak faham, macam ibu juga, tak pernah faham aku dan tak akan faham aku. Tapi, at least kau ada ketika aku hadapi semua ni." Jerit Atul pada Laila, marah dan kesal. "Atul, jangan macam ni. Maafkan aku. Tapi sahabat, kita sebagai manusia tak boleh pendam semuanya didalam hati, kau kena luahkan agar ringan semuanya. Tak kiralah cara apa pun. Kalau kau tak boleh luahkan kat aku, kau boleh luahkan pada Allah yang sentiasa ada setiap masa. "Ibu biasalah. Lepas ini, aku yakin bahawa ibu pasti akan suruh Lesya gantikan aku, dan Ummi akan setuju sangat-sangat. Aku nak telefon Abah, nak luahkan segalanya, tapi aku malu. Malu berdepan dengan Abah yang sudah banyak tolong semasa aku ingin bertunang dengan Reykal. Aku ingat lagi, aku suruh Abah sengkokol dengan Abi untuk pujuk Ummi dan Ibu untuk terima hubungan percintaan kami. Tapi, sekarang, untuk adik aku, aku sanggup lupakan jasa Abah dan Abi." Atul tersenyum pahit bercerita kepada Laila. "Atul, please jangan cakap macam tu. Aku kenal Abah dan Abah sangat sayang kau dan juga Abah akan faham. One more thing, how about abang kau ? Dia tahu tak ?" Tanya Laila. Atul menggeleng.

"Kau bagi aku satu idea. Kau nak ikut tak ? Aku cadang, aku nak pindah Lumut. Duduk rumah Abang Q. Itu lebih baik daripada berjumpa dengan Reykal hari-hari di hotel." Atul sudah merencanakan sesuatu. "Aku ikut. Tapi aku kena bagitahu Remy dulu." Selepas selesai packing barang-barang Atul. Mereka menuju ke apartment Laila untuk mengambil barang Laila pula. Seterusnya, mereka meneruskan perjalanan mereka ke Lumut, Perak yang memakan masa 2 jam. Tepat 8 malam, mereka tiba di depan rumah Qayyum. Qayyum Amir bekerja sebagai pemandu bot disana dan mempunyai sebuah rumah teres di Lumut. "Assalammualaikum, Abang Q." Laung Atul. "Waalaikummussalam. Cik berdua ni siapa ? Nak cari siapa ? Maaflah, rumah ni hanya saya seorang sahaja, tiada perempuan." "Abang Q ! Ni Atul lah dan yang ni Laila. Atul nak pindah masuk rumah abang, boleh ?" Tanya Atul dengan membuat memek muka yang comel. "Laaaa. Kau ke adik ? Aku ingatkan perempuan manalah tadi. Tetiba je muncul depan rumah. Kau kenapa datang sini ?" "Ya Allah, Abang Q. Kami baru saja sampai. Bagi kami masuk dalam rumah dulu, boleh ? Bukannya tak boleh nak berbual kat dalam." Qayyum ketawa sedar bahawa dia seperti polis pencen menyoal suspek. Tak menyempat. Qaseh Atul dan Qayyum Amir sangat rapat. Abangnya sudah menetap disitu selama 2 tahun. 

"Nasib kau orang berdua memang baik sebab selalunya kawan-kawan abang lepak kat sini. Tapi hari ni tak ada. Kalau mereka ada, tak ke kau orang kena bermalam kat hotel. Banyak-banyak beg ni, kau orang sengaja melawat ke, atau ada hal kerja yang lama." Pelik Qayyum melihat barang-barang Atul dan Laila. "Adik dan Laila akan menetap disini, selama mana yang kami mahu. Harap tiada bantahan daripada pihak yang berbahagi tuan hakim Qayyum." Bergurau senda dengan abangnya. "Tapi, kenapa ?" Bingung Qayyum, dari lihat keadaan adiknya seperti serius. Tapi bukan boleh percaya pun, Atul suka mengenakannya. Atul yang melihat wajah abangnya yang seperti tunggul kayu, lalu menceritakan apa yang berlaku dan kenapa dia berada disitu. 


Pengorbanan Cinta BAB4

"Insyallah, jika ada rezeki. Reykal percaya tak kata Allah bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Tidak kiralah ia sesuatu yang meringankan kita atau memberatkan beban yang tanggung. Maka, percayalah." Atul menundukkan kepalanya dan berbisik kepada Mia. "Mia, akak nak kamu berikan gelang ni kepada Abang Rey. Tolong ye. Akak pergi dulu." Reykal sangat sedih apabila melihat Atul bangun dan pergi. "Abang Rey, Kak Atul suruh bagi gelang ni kat abang. Q.A.R.I tu apa, abang ?" Reykal menggenggam gelang yang berloket huruf Q.A.R.I. Gelang itu adalah tanda pertunangan mereka. Q.A.R.I stand for Qaseh Atul and Reykal Iman. Akhirnya, dia buat keputusan untuk menelefon umminya bagi mengkhabarkan hubungannya bersama Atul sudah berakhir. Benarlah kata Ummi nya, bahawa Atul mudah beralih hati. "Ummi nak kamu teruskan juga pernikahan hujung tahun ni. Tapi, pengantin perempuan akan digantikan. Muktamad! Ummi dah banyak kali pesan, jangan pilih Atul, pilih adiknya. Tapi, kamu tak mahu. Kononnya, cinta mati la."  Ummi sudah keluar arahan vetonya. "One more thing, my son. Lesya akan gantikan tempat Atul. Atul tu layak menjadi menantu Ummi. Cukup serba-serbi dan layak menjadi wife Rey." sambung Ummi lagi. Reykal menamatkan panggilan dengan salam. 'Kenapa!!!' Tertekan dibuatnya Reykal.

Selepas jamuan kecil minum petang di Teratak Bonda Az-Zahra, Laila dan Atul mengundur diri untuk pulang. Manakal, Reykal sudah beransur pulang sebelum jamuan kecil. Sedang mereka berdua berbual bercerita di dalam kereta. Telefon bimbit atul menyanyikan lagu Istikharah Cinta. Dia memberi salam kepada pemanggil. "Atul, apa dah berlaku ? Kenapa, nak ? Kenapa Ummi Zati suruh Lesya gantikan kamu ? Dah bagus sangat ke pengganti kamu tu, untuk gantikan tempat Reykal dihati kamu. Apa kamu ingat tunang ni benda boleh dibuat main-main ? Cubalah kamu jadi macam Lesya, yang senangkan ibu bukan susahkan ibu. Dahlah atul, ibu penat tau dengan karenah kamu. Pandai-pandailah kamu uruskan hidup kamu sendiri." marah Ibu Leha. "Ibu, maafkan Atul." kata-kata itu tak dapat didengari oleh ibunya kerana ibunya sudah meletakkan panggilan sebelum dia sempat mengatakan apa-apa. Dia faham, ibunya tidaklah rapat sangat dengannya, sejak dari kelahiran Lesya semasa dia berumur 3 tahun lagi. Tetapi, hubungannya dengan Abah sangat rapat, abah seperti sahabatnya yang sentiasa mengeti tentang perasaannya. Ibu Leha juga sering memenangkan Lesya berbanding dia. Akibat dari itu, menambahkan lagi jauh hatinya terhadap Ibu Leha. Dia pulang ke rumah sewanya untuk mengemaskan semua barang-barangnya. Laila hanya mampu melihat sahabatnya bersedih, jatuh air matanya memahami keperitan hidup temannya itu.


Story : Friendship Atul & Laila



QASEH ATUL DAN LAILA JASMIN MERUPAKAN SAHABAT BAIK DARI ALAM SEKOLAH RENDAH LAGI . MEREKA PADA MULANYA BERJIRAN DI KAMPUNG YANG TERLETAK DI TAPAH, PERAK. TAPI, SELEPAS IBU BAPA MASING-MASING SUDAH BERKERJAYA DAN INGIN MENERUSKAN DAN MEMAJUKAN PERNIAGAAN. AKHIRNYA, MEREKA BERPISAH SELEPAS UMUR MEREKA MENCECAH 19 TAHUN. WALAUPUN BEGITU, MEREKA SEKELUARGA BEPINDAH DI KUALA LUMPUR DAN MASING-MASING TIDAK TAHU. NAMUN, BENARLAH KATA ALLAH JIKA ADA NIAT DIA(ALLAH) UNTUK TEMUKAN KITA DENGAN SESEORANG YANG DIRINDU PASTI BERJUMPA. MEREKA BERTEMBUNG DI SEBUAH RESTORAN DAN BERHUBUNG SEMULA. SAHABAT UNTIL JANNAH FOREVER.

Wednesday 4 September 2013

Pengorbanan Cinta BAB3

Atul sering datang bersama dengan Reykal. Pada mulanya, Reykal tidak berminat lansung untuk menjejakkan kaki ke Teratak ini tapi apabila Atul sering mengajak dan menceritakan pengalamannya disana, hati jejaka itu terbuka untuk mengekorinya ke Teratak ini dan hasilnya tidak sia-sia. Tapi kini, "Abang Rey, tak dapat datang. Sibuk mungkin. Kak Atul datang tak best ke? " Atul berpura-pura berjauh hati. Tiba-tiba suara anak adam cilik yang sebaya dengan Mia bersuara "Adam suka Akak ada kat sini. Kalau Mia tak suka, pergilah jauh-jauh. Adam nak  bersembang dengan Kak Atul." Anak-anak kecil lain sudah merengek ingin berbual juga dengan Kak Atul. Atul rasa bahagia sekali apabila anak-anak kecil di situ menunjukkan keletah yang ceria dan comel. Alangkah indahnya menjadi seorang anak kecil, yang naif, suci dan tak mudah dilukai. 

Azan Zohor sudah berkumandang. Anak-anak kecil berebut mengambil wudhu. Atul dan Laila sibuk menguruskan anak-anak perempuan bersiap memakai telekung. Saf solat dirapatkan. 'Bukankah suara imam ini, dia? " Hati Atul tidak senang. Dia beristighfar dan berdoa kepada Allah agar solatnya khusyuk kerana Allah. Selesai menunaikan solat, telinga mereka dijamah oleh sedikit tazkirah pendek dari Imam. Ketika keluar dari surau itu, Atul terlanggar seseorang dan menyebabkan telekungnya jatuh. Belum sempat dia mengangkatnya, jejaka itu telah pun hulurkan padanya. Mata mereka bertembung, Atul yang sedar pantas menundukkan kepalanya dan minta permisi.

'Atul, kenapa awak buat saya begini ? Sanggup awak mengkhianati, hubungan suci kita. Maafkan saya! Maafkan saya! Saya tahu saya salah, melampau menampar pipi awak.' kecewa, pilu, retak seribu hati Reykal. Apakah salah yang telah dia lakukan sampai Atul sanggup membuat keputusan drastik itu? "Lai, kenapa Atul buat aku macam ni? Siapa lelaki itu?" Reykal menahan Laila. "Maaf, persoalan kau hanya boleh dijawab oleh Atul. Percayalah, dia lakukan semua ini ada sebabnya sendiri."  Laila beransur pergi. "Abang Rey, kenapa ni? Jom teman Mia pergi taman. Kak Atul pun ada kat sana.

Reykal dan Atul duduk di satu kerusi panjang yang sama. Ditengah-tengah mereka Mia dan Adam sebagai penghalang dari munculnya watak ketiga. "Assalammualaikum" Atul serba salah , sama ada ingin menjawab salam itu atau tidak. Tapi sebagai umat Islam, dia menjawab. "Waalaikummussalam" "Ingatkan awak dah tak nak lagi berbual dengan saya. Atul, jujur pada saya. Siapa lelaki itu ? Lelaki yang berjaya mencuri hati awak. Selama bertahunnya hubungan kita, awak sangat setia. Manakan tidak, semasa awak di Sabah melanjutkan pelajaran selama 2 tahun awak juga setia. Bukan tiada yang ingin memikat awak, tetapi memang awak menolak mentah-mentak kerana awak mencintai saya sepenuh hati. Tetapi, 5 bulan di KL hati awak berubah dan mula goyah. Izinkan saya, berjumpa dengan dia." Laila yang lihat dari jauh sudah tidak duduk senang, nak ke tolong ke tidak.

Pengorbanan Cinta BAB2

Sebak di dada tidak dapat ditahan lagi. Bahu Laila, dijadikan tempat menangisnya. "Atul, sabar ya. Pengorbanan kau, hanya kau sahaja yang dapat rasa, sebab semuanya kau yang tanggung. Dia tak akan faham pengorbanan kau adalah satu penmgorbanan yang besar. Tapi, tak sangkalah aku, tangan dia boleh sampai kat pipi kau." Laila memujuk memberi semangat agar kawannya itu bangkit dan tidak lagi pandang ke belakang. "Sah. Kekasih hati kau yang bagitahu kan ? Ish, Remy Irfan ni nak saja aku luku kepala dia. Malu aku, malu kerana telah melukai hati adik dia. Bodohnya aku!" Atul serba salah. Antara putera idaman kalbu atau adik tersayang. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. "Sabarlah, beb. Remy tahulah apa yang berlaku. tapi, kau jangan risau, dia tak akan bagitahu Reykal. Tapi, kalau pecah juga rahsia ni, pandai-pandai lah kita kerjakan si Remy tu." kata-kata Laila sedikit sebanyak meredakan kesedihan Atul. "Thanks, Lai. Kau tak marahkan kalau aku nak stay kat rumah kau beberapa hari ni ?" "Tak apa lah. Buat je rumah ni, macam rumah kau sendiri. Kau tengok ni, dah lencun basah dah sofa mahal aku ni. Kau pergi keringkan badan kau dulu. Lepas selesai solat, kita turun dapur sama-sama ya ?" 

Atul pergi membersihkan dirinya dan menunaikan kewajipannya. Dia menadah tangan, berdoa kepada Allah agar melembutkan hati Reykal untuk memaafkannya. Nama Reykal meniti di bibirnya membuat air matanya mengalir perlahan dan mengingatkannya memori pahit itu. Dia menuju ke dapur, membuka peti sejuk melihat lauk mentah yang boleh dijadikan hidangan malam mereka. Sedang dia asyik menyediakan sajian pada malam itu, Laila menyergahnya dari belakang. "Ish, kau ni. Nasib baik roh aku tak terkeluar. Kalau tak, tak ke jalan aku." Laila ketawa sahaja melihat reaksi sahabatnya. Dia gembira menjadi sahabat yang ada tika suka dan duka. Malam itu, sajian yang disediakan memikat selera mereka. Episod yang sedih tidak mematikan selera Atul. Mereka menghabiskan malam mereka dengan menonton filem-filem korea yang dilakonkan oleh pelakon yang sangat kacak dan bergaya, Lee-Min Ho.

Pada waktu pagi keesokannya, mereka mengalas perut mereka hanya dengan minuman kegemaran mereka, Hot Choc Cadbury. Atul bersama Laila menaiki kereta untuk pergi ke suatu tempat yang sering mereka menghabiskan masa bersama ketika adanya waktu lapang. Kereta mereka akhirnya berhenti di depan sebuah rumah anak yatim iaitu, Teratak Bonda Az-Zahra yang terletak di luar bandar. Pemandangan disitu sangat menenangkan dengan dihiasi indah ciptaan Allah. "Yeay!! Kak Atul dan Kak Laila datang." kanak-kanak disitu riang dan gembira dengan kehadiran gadis berdua itu. "Akak, Abang Rey mana? " tanya Mia anak kecil yang berusia 6 tahun dan rapat dengan bekas tunangnya.

NOPEN : PENGORBANAN CINTA

Pengorbanan Cinta


Tak Semestinya Yang Sudah Milik Kita, Akan Kekal Selamanya.
Dan Tak Mungkin Yang Pergi Sementara, Tiada Peluang Untuknya...


Semoga Anda Menikmati Jalan Cerita Yang tak Seberapa dari Penulis Yang Masih Lagi Di Peringkat Sekolah...

Assalammualaikum...

Qaseh Atul watak heroin diberi nama. Reykal Iskandar memegang watak hero. Mengisahkan ketabahan seorang gadis muda yang bernama Atul, melepaskan tunangnya tercinta. Demi kebahagiaan adiknya Qaseh Alesya. Dugaan yang dihadapinya, sering ditemani oleh sahabatnya dan juga abangnya yang tersayang iaitu Laila Jasmin dan Qayyum Adam. Hubungan Reykal dan Atul yang dulunya manis dan berseri, punah dan gelap apabila Atul bertindak berani meminta hubungan tunang mereka putus di tengah jalan dengan memberi alasan bahawa dia telah jatuh cinta terhadap jejaka lain. Apakah keputusan Atul betul dan baik untuknya ? Apakah mampu mereka berpisah sedangkan takdir telah tertulis bahawa mereka berjodoh ? Atau takdir itu akan berubah ? 

Pengorbanan Cinta BAB1

Bukan kehendak dia semua ini terjadi. Ditinggal sunyi sendiri hujan yang membasahi lantai bumi seperti faham apa yang menimpa gadis itu. 'Bukan kehendak saya lepaskan awak. Tapi semua ini berlaku ada sebabnya' bisik hati gadis itu. Dia baru sahaja bertemu dengan tunang tercintanya, Reykal. Tapi gelaran tunang telah tukar menjadi bekas tunang. Mindanya mengulangi kembali sketsa yang baru sahaja berlaku.

"Atul, kenapa awak tergesa-gesa nak berjumpa dengan saya. Nasib baiklah sekarang, waktu lunch. Atul, awak sedar tak saya dekat sini." tegur Reykal. "Maafkan saya. Saya nak beritahu awak sesuatu, saya harap awak faham dan sudi memaafkan saya." kata Atul perlahan. "It is important things ? What it is, Atul ? Please tell me, dear." riak muka Reykal menambahkan lagi berat beban Atul untuk meluahkan. Tetapi dia terpaksa dalam rela, "Reykal, Atul dah jumpa pengganti Reykal. Atul bahagia disamping dia. Atul nak pertunangan kita putus. Maafkan saya." Atul kata dengan berani.

Hati bertambah pilu, apabila tunangnya sendiri menampar pipinya. Dia redha. Reykal pergi begitu sahaja, terpaksa dia menelan hakikat ini semuanya realiti. Hatinya menjerit memanggil Reykal, tapi akal nekad untuk tidak berpatah balik demi kebahagiaan adiknya. Hujan menyirami tubuhnya. Air matanya mengalir sekata dengan air hujan yang turun renyai-renyai. 

Atul menggagahkan dirinya, memandu kereta menuju ke rumah Laila, sahabatnya yang terletak di Kondominium Sri Melati. Sampai sahaj di depan rumah sahabatnya, dia menekan lonceng dan salam diberi. Laila yang melihat Atul kebasahan bergegas membuka pintu dan menjemputnya masuk. Qaseh Atul duduk di sofa. Laila yang melihat wajah sugul sahabatnya terus menghampiri dengan membalut badannya dengan towel dan menghulurkan secawan Hot Choc Cadbury. "Lai, jahat kan aku ? Melukai hati lelaki sebaik Reykal Iman. Aku rela kehilangan Reykal, daripada kehilangan seukir senyuman di wajah adik aku. Lagipun, Lesya lebih rapat dengan Ummi Reykal. Lesya sempurna, Lai. Bukan macam aku. Masak, kemas, sopan, cantik semua serba serbi sempurna. Aku ni harap je study tinggi, tapi..." kata-kata Atul berhenti.