Sunday 15 March 2015

Lepasan SPM 2014

Siapa sangka, akhirnya Atul tamat juga persekolahan peringkat menengah tinggi. Iaitu FORM 4 & 5. Keputusan yang membanggakan membuatkan Atul bersyukur sangat2 dengan rezeki Allah. Tetapi selepas keputusan SPM dah keluar. Hati masih lagi berat untuk tinggalkan alam persekolahan yang banyak memori indah, tak kurang juga memori pahit. Baju kurung sekolah yang dulu dikatakan kurang menarik, terasa rindu untuk disarungkan di tubuh ini. Sedihhhhhh.. Rakan-rakan dan sahabat-sahabat, yang dulunya akan jumpa setiap pagi, kini tidak lagi. Kemalasan untuk bangun pagi pergi ke sekolah mengayuh basikal, tidak bunyi lagi rungutan. Cikgu-cikgu dulu yang digosipkan, kini hilang khabarnya. Terasa rindu memberat di jiwa. Sekarang, Atul bekerja sementara menunggu panggilan ke UNIVERSITI. Selamat tinggal ALAM PERSEKOLAHAN yang banyak memberikan aku pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih, Allah keran sudi meminjamkan Atul ilmu Mu yang luas. Syukran.