Sunday 18 May 2014

Istikharah

Istikharah ...


Apa yang kita tahu dengan Istikharah ?
Orang kata nak tahu dan tentukan siapa bakal pendamping kita kena buat Istikharah.
Iye ke ? Sebenarnya, Ya.
Tapi Istikharah bukan spesifik untuk itu sahaja.
Malah jika kita ingin tahu Universiti mana yang baik untuk kita menuntut ilmu..
Kita boleh lakukan Istikharah..
Bukan itu sahaja, tapi Kerjaya juga pun boleh..
Kita nak buat sesuatu yang dalam keredhaanNya, kita kena la usaha untuk tahu dan minta petunjuk Dia.
Pembaca, mungkin blog ini khas untuk hasil karya tapi tak salahkan saya kongsi ilmu saya ?
Pernah tak korang fikir kan kenapa hati kita sepi dan rasa kosong ?
Saya dulu sentiasa .. Tapi kini tidak.. Alhamdulillah dengan penghijrahan baru saya.
Saya rasa tenang dan sentiasa ingin tersenyum...
Saya harap juga semoga para pembaca dihadiahkan taufik hidayah Allah yang mulia ..
Insyallah..Jika kata-kata say sebanyak edikit mengecil hati atau seperti berlagak pandai..
10 jari saya susun memohon maaf atas salah bicara kata saya.. Assalamualaikum..

DIA teman ketika susah dan senang ...



Tak semua yang kita ingin akan kita miliki,
Setiap insan harus membuat pengorbanan yang menyebabkan hati terluka,
tapi tak semua keputusan yang kita lakukan adalah betul.
Dengan adanya DIA semua jadi benar.. 
Orang tua kata jodoh dan ajal semua di tentukan oleh Allah..
Tapi kita lupa usaha dan kegigihan kita boleh mengubah segala-galanya.
Allah sentiasa merindui hambaNya..
DIA sentiasa ingin hambaNya memuji dan menyeru namaNya..
Dengan doa dan rayuan kita pada Allah, Allah tahu kita merinduiNya.
Istikharah adalah satu permohonan bagi memohon petunjuk...
Kali pertama kita kenal cinta dari seorang jejaka..
Kita rasa hidup kita lengkap dan indah..
Tapi TAK !
Kerana itulah membawa kita ke langkah yang salah..
Cinta pertama haruslah Allah ..
Allah yang Maha Esa dan Agung..
Ingat kehilangan seseorang tak bermaksud kita tiada sesiapa untuk meluahkan segalanya..
Kerana Dia sentiasa ada untuk mendengar dan membantu..